Skip to content

Seksyen 87

Hak dan keistimewaan pemegang saham

of Akta Syarikat 2016

ActIn forceProvision 87 of 159
Seksyen 87
(1)

Pemegang saham hendaklah, mengikut amaun saham yang dipegang oleh pemegang saham, mempunyai hak, keistimewaan dan kelebihan yang sama berkenaan dengan dividen, pengundian pada mesyuarat syarikat dan perkara-perkara lain seolah-olah pemegang saham itu memegang syer yang daripadanya saham itu terbit.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), tiada keistimewaan atau kelebihan kecuali penyertaan dalam dividen dan keuntungan syarikat dan dalam aset apabila syarikat itu digulungkan boleh diberikan oleh mana-mana bahagian saham sedemikian, jika syer yang sedia ada telah memberi keistimewaan atau kelebihan itu.