92. Memberitahu pemegang syer tentang pengubahan
Feedback & support(1)
Jika hak yang terikat dengan syer dalam mana-mana kelas syer dalam syarikat diubah, syarikat itu hendaklah memberikan notis bertulis mengenai pengubahan itu kepada setiap pemegang syer dalam kelas itu dalam masa empat belas hari selepas tarikh pengubahan itu dibuat.
(2)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.