95. Memberitahu Pendaftar tentang pengubahan
Feedback & supportJika hak yang terikat dengan syer dalam mana-mana kelas syer dalam syarikat diubah, syarikat itu hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pengubahan itu berkuat kuasa—
suatu salinan ketetapan atau dokumen lain yang membenarkan pengubahan itu; dan
suatu notis sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar termasuklah suatu pernyataan modal, sebagaimana pada tarikh pengubahan itu berkuat kuasa.
140 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Perenggan (1)(a) tidaklah terpakai jika syarikat itu dikehendaki untuk menyerah simpan salinan ketetapan atau dokumen lain dengan
Pendaftar di bawah peruntukan lain Akta ini.
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Pengubahan termasuk pembatalan