Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXIV · Peruntukan Am Tentang Siasatan dan Perbicaraan
254. Pendakwa Raya boleh enggan untuk mendakwa selanjutnya pada mana-mana peringkat
Feedback & supportPada mana-mana peringkat apa-apa perbicaraan, sebelum penghakiman diberikan, Pendakwa Raya boleh, jika difikirkannya patut, memberitahu Mahkamah bahawa dia tidak akan mendakwa tertuduh selanjutnya atas pertuduhan itu dan sesudah itu segala prosiding atas pertuduhan terhadap tertuduh itu hendaklah digantung dan tertuduh itu hendaklah dilepaskan daripada pertuduhan itu.
Kanun Tatacara Jenayah 159
Pada mana-mana peringkat apa-apa perbicaraan di hadapan
Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret sebelum penghakiman diberikan, pegawai yang menjalankan pendakwaan itu boleh, jika difikirkannya patut, memberitahu Mahkamah bahawa dia tidak bercadang untuk mendakwa tertuduh selanjutnya atas pertuduhan itu, dan sesudah itu segala prosiding atas pertuduhan terhadap tertuduh itu bolehlah digantung dengan kebenaran Mahkamah dan, jika digantung sedemikian, tertuduh itu hendaklah dilepaskan daripada pertuduhan itu.
Pelepasan sedemikian tidak terjumlah kepada suatu pembebasan melainkan jika diarahkan sedemikian oleh Mahkamah.