Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXIV · Peruntukan Am Tentang Siasatan dan Perbicaraan
259. Kuasa menunda atau menangguhkan prosiding
Feedback & supportJika, oleh sebab seseorang saksi tidak hadir atau apa-apa sebab munasabah yang lain, menjadi perlu atau lebih baik untuk menunda permulaan atau menangguhkan apa-apa siasatan atau perbicaraan, Mahkamah boleh, melalui perintah secara bertulis, dari semasa ke semasa, menunda atau menangguhkan siasatan atau perbicaraan itu atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkannya munasabah dan boleh, melalui waran, mereman tertuduh itu jika dalam jagaan:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun Majistret boleh mereman seseorang tertuduh dalam jagaan di bawah seksyen ini selama tempoh yang melebihi lapan hari pada suatu masa:
Dengan syarat selanjutnya bahawa jika seseorang Pegawai Perubatan
Kerajaan telah memperakukan bahawa pengadu tidak akan dapat memberikan keterangan sebelum suatu tarikh tertentu, tertuduh itu boleh direman sehingga tarikh itu walaupun tempoh reman itu boleh melebihi lapan hari.
Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen ini oleh
Mahkamah Majistret hendaklah secara bertulis, ditandatangani oleh
Majistret yang menjalankan perbicaraan, dan hendaklah menyatakan sebab baginya.
Huraian— Jika keterangan yang mencukupi telah didapatkan untuk menimbulkan syak bahawa tertuduh mungkin telah melakukan suatu kesalahan dan didapati berkemungkinan bahawa keterangan selanjutnya boleh didapatkan melalui suatu reman, ini merupakan suatu sebab yang munasabah bagi suatu reman.
Kanun Tatacara Jenayah 163