Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXIV · Peruntukan Am Tentang Siasatan dan Perbicaraan
257. Kes pihak pendakwaan hendaklah dijelaskan oleh Mahkamah kepada tertuduh yang tidak dibela
Feedback & supportPada tiap-tiap perbicaraan di hadapan Mahkamah Majistret jika dan apabila Mahkamah itu memanggil tertuduh untuk membuat pembelaannya, Mahkamah itu hendaklah, jika tertuduh itu tidak diwakili oleh seorang peguam bela, memberitahunya tentang haknya untuk memberikan keterangan bagi pihak dirinya sendiri dan, jika dia memilih untuk memberikan keterangan bagi pihak dirinya sendiri, hendaklah menarik perhatiannya kepada perkara utama dalam keterangan pihak pendakwaan yang menentangnya supaya dia berpeluang menjelaskan perkara itu.
Kegagalan mana-mana tertuduh pada mana-mana perbicaraan untuk memberikan keterangan tidak boleh dijadikan perkara kritikan yang memudaratkan oleh pihak pendakwaan.