Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXIV · Peruntukan Am Tentang Siasatan dan Perbicaraan
254A. Perbicaraan yang dihidupkan semula selepas pelepasan
Feedback & support(1)
Tertakluk pada subseksyen (2), jika seseorang tertuduh telah diberikan pelepasan oleh Mahkamah dan dia dipertuduh semula bagi kesalahan yang sama, perbicaraannya hendaklah dihidupkan semula dan diteruskan seolah-olah tiada perintah sedemikian diberikan.
(2)
Subseksyen (1) hendaklah hanya terpakai jika saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan sebelum perintah bagi pelepasan telah diberikan oleh Mahkamah.