Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXIV · Peruntukan Am Tentang Siasatan dan Perbicaraan
260. Pengkompaunan kesalahan
Feedback & supportKesalahan yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan yang diperihalkan dalam dua ruang pertama Bahagian A boleh, apabila tiada pendakwaan bagi kesalahan itu sebenarnya belum selesai, dikompaun oleh orang yang disebut dalam ruang ketiga Bahagian A;
atau apabila suatu pendakwaan bagi kesalahan itu sebenarnya belum selesai, dikompaun oleh orang itu dengan keizinan Mahkamah yang di hadapannya kes itu belum selesai.
Kesalahan yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan yang diperihalkan dalam Bahagian B boleh, dengan keizinan
Mahkamah yang di hadapannya kes itu belum selesai, dikompaun oleh orang yang terhadapnya kecederaan itu telah dilakukan.
Apabila mana-mana kesalahan boleh dikompaun di bawah seksyen ini, persubahatan dalam kesalahan itu atau percubaan untuk melakukan kesalahan itu (apabila percubaan itu sendiri merupakan suatu kesalahan) boleh dikompaun mengikut cara yang sama.
Apabila orang yang selainnya mungkin kompeten untuk mengkompaun sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini tidak kompeten untuk berkontrak, mana-mana orang yang kompeten untuk berkontrak bagi pihaknya boleh mengkompaun kesalahan itu.
Penyelesaian sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kesan sebagai pembebasan bagi tertuduh.
Tiada kesalahan di bawah Kanun Keseksaan yang tidak disebut dalam seksyen ini boleh dikompaun.
BAHAGIAN A
Kesalahan
Seksyen Kanun
Keseksaan yang terpakai
Orang yang boleh mengkompaun kesalahan
Mengucapkan perkataan, dsb., dengan niat sengaja untuk melukakan perasaan 298
Orang yang perasaan keagamaannya diniatkan untuk dilukakan
164
Undang-Undang Malaysia
Kesalahan
Seksyen Kanun
Keseksaan yang terpakai
Orang yang boleh mengkompaun kesalahan keagamaan mana-mana orang
Menyebabkan kecederaan
Menghalang atau mengurung mana-mana orang secara salah
Mengamang atau menggunakan kekerasan jenayah
Kerja paksa yang menyalahi undang-undang
Khianat apabila satu-satunya kerugian atau kerosakan yang disebabkan ialah kerugian atau kerosakan terhadap orang persendirian
Pencerobohan jenayah …
Ceroboh rumah … … …
Mungkir kontrak perkhidmatan secara jenayah
Memujuk lari atau membawa pergi atau menahan seorang perempuan bersuami dengan niat jenayah
Fitnah … … … … … …
323, 334 341, 342 352, 355, 358 374 426, 427 447 448 491 498 500
Orang yang dicederakan
Orang yang dihalang atau dikurung
Orang yang diamang atau yang terhadapnya kekerasan jenayah digunakan
Orang yang dipaksa melakukan kerja
Orang yang menanggung kerugian atau kerosakan
Orang yang mempunyai milikan bagi harta yang dicerobohi
Orang yang mempunyai milikan bagi harta yang dicerobohi
Orang yang dengannya pesalah itu telah berkontrak
Suami perempuan itu
Orang yang difitnah
Kanun Tatacara Jenayah 165
Kesalahan
Seksyen Kanun
Keseksaan yang terpakai
Orang yang boleh mengkompaun kesalahan
Mencetak atau mengukir perkara dengan mengetahui perkara itu sebagai fitnah
Penjualan bahan bercetak atau berukir yang mengandungi perkara fitnah dengan mengetahui perkara itu mengandungi perkara sedemikian
Penghinaan yang diniatkan untuk membangkitkan suatu pecah keamanan 501 502 504
”
”
Orang yang dihina
BAHAGIAN B
Kesalahan
Dengan sengaja menyebabkan cedera parah
… … …
Dengan sengaja menyebabkan cedera parah atas bangkitan marah mengejut
Menyebabkan kecederaan dengan suatu perbuatan yang membahayakan nyawa
… … … … … … … … … …
Menyebabkan cedera parah dengan suatu perbuatan yang membahayakan nyawa
Seksyen Kanun
Keseksaan yang terpakai 325 335 337 338