Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2023Read it in English
Contents

Bab XXVII · Hukuman dan Penjalanannya

283. Peruntukan tentang hukuman denda

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa denda dikenakan di bawah kuasa mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, maka, jika tiada apa-apa peruntukan nyata yang berhubungan dengan denda terkandung dalam undang-undang itu, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai—

(a)

jika tiada jumlah wang dinyatakan bagi takat denda itu boleh dikenakan, amaun yang baginya pesalah itu bertanggungan tidak terhad, tetapi tidak boleh berlebihan;

(b)

dalam tiap-tiap kes bagi suatu kesalahan yang pesalah itu dihukum untuk membayar suatu denda, Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu boleh, menurut budi bicaranya, melakukan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut:

(ii)

memberikan masa bagi pembayaran denda itu;

(iii)

mengarahkan supaya pembayaran denda itu dibuat secara ansuran;

(iv)

mengeluarkan suatu waran bagi melevikan amaun itu melalui distres dan penjualan apa-apa harta kepunyaan pesalah itu;

(v)

mengarahkan supaya jika ingkar membayar denda itu, pesalah itu hendaklah menjalani pemenjaraan bagi suatu tempoh tertentu, yang pemenjaraan itu hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman pemenjaraan lain yang baginya dia boleh dihukum atau yang baginya dia boleh dikenakan di bawah suatu peringanan hukuman:

Dengan syarat bahawa jika masa tidak diberikan bagi pembayaran suatu denda, suatu perintah bagi pemenjaraan jika ingkar membayar tidak boleh dikeluarkan pertama-tamanya melainkan jika didapati oleh Mahkamah bahawa orang itu tidak mempunyai harta atau mempunyai harta yang tidak mencukupi untuk menyelesaikan denda yang kena

186

Undang-Undang Malaysia dibayar itu atau bahawa pelevian distres akan lebih memudaratkannya atau keluarganya daripada pemenjaraan;

(vi)

mengarahkan supaya orang itu diperiksa dan supaya apa-apa wang yang dijumpai pada tubuhnya apabila diperiksa sedemikian atau sekiranya dia dikomitkan ke penjara, mungkin dijumpai pada tubuhnya apabila dibawa ke penjara, hendaklah digunakan bagi pembayaran denda itu, lebihannya, jika ada, hendaklah dipulangkan kepadanya:

Dengan syarat bahawa wang itu tidak boleh digunakan sedemikian jika Mahkamah berpuas hati bahawa wang itu bukan kepunyaan orang yang pada tubuhnya ia dijumpai atau bahawa kehilangan wang itu akan lebih memudaratkannya daripada pemenjaraannya;

(c)

tempoh yang diarahkan oleh Mahkamah supaya pesalah itu dipenjarakan jika ingkar membayar denda tidak boleh melebihi skala yang berikut:

(ii)

jika kesalahan itu boleh dihukum dengan pemenjaraan:

Jika tempoh maksimum pemenjaraan itu―

Tempoh itu tidak boleh melebihi―

tidak melebihi enam bulan tempoh maksimum pemenjaraan melebihi enam bulan tetapi tidak melebihi satu tahun enam bulan melebihi satu tahun tetapi tidak melebihi dua tahun satu tahun melebihi dua tahun separuh daripada tempoh maksimum pemenjaraan;

Kanun Tatacara Jenayah 187

(iii)

jika kesalahan itu tidak boleh dihukum dengan pemenjaraan:

Jika denda itu

Tempoh itu tidak boleh melebihi―

tidak melebihi lima ratus ringgit satu bulan melebihi lima ratus ringgit tetapi tidak melebihi satu ribu ringgit enam bulan melebihi satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi lima ribu ringgit satu tahun melebihi lima ribu ringgit tiga tahun;

(d)

(Ditinggalkan);

(e)

pemenjaraan yang dikenakan jika ingkar membayar denda hendaklah tamat apabila denda itu sama ada dibayar atau dilevikan menurut proses undang-undang;

(f)

jika, sebelum habis masa pemenjaraan yang ditetapkan jika ingkar membayar, sekian kadar daripada denda itu dibayar atau dilevikan yang masa pemenjaraan yang telah dijalani jika ingkar membayar tidak kurang daripada perkadaran dengan bahagian denda yang masih belum dibayar itu, pemenjaraan itu hendaklah tamat;

(g)

denda itu, atau mana-mana bahagiannya yang masih belum dibayar, boleh dilevikan pada bila-bila masa dalam masa enam tahun selepas hukuman itu dijatuhkan, dan jika menurut hukuman itu pesalah itu boleh dikenakan pemenjaraan bagi suatu tempoh yang lebih panjang

188

Undang-Undang Malaysia daripada enam tahun maka pada bila-bila masa sebelum habisnya tempoh itu, dan kematian pesalah itu tidak melepaskan daripada liabiliti itu apa-apa harta yang boleh selepas kematiannya bertanggungan di sisi undang-undang bagi hutangnya.

(2)

Sesuatu waran bagi melevikan sesuatu denda boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di Malaysia, tetapi jika ia dikehendaki dilaksanakan di luar Negeri yang waran itu dikeluarkan, waran itu hendaklah diendorskan bagi maksud itu oleh seorang Hakim atau oleh seorang Majistret Kelas Pertama yang mempunyai bidang kuasa di

Negeri yang waran itu dikehendaki dilaksanakan.

Report

Bab XXVIII

Penggantungan, Peremitan dan Peringanan Hukuman

Bab XXIX

Pembebasan atau Sabitan Terdahulu

Bahagian VII

Rayuan dan Penyemakan

Bab XXX

Rayuan Kepada Mahkamah Tinggi

Bab XXXI

Penyemakan

Bahagian VIII

Prosiding Khas

Bab XXXIII

Orang Tidak Sempurna Akal

Bab XXXIV

Prosiding dalam Hal Kesalahan Tertentu yang Menyentuh Pentadbiran Keadilan

Bab XXXV

Nafkah bagi Isteri-Isteri dan Anak-Anak

Bab XXXVI

Arahan bagi Sifat Sesuatu Habeas Corpus

Bahagian IX

Peruntukan Tambahan

Bab XXXVII

Pendakwa Raya

Bab XXXVIII

Jaminan

Bab XXXIX

Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan

Bab XL

Peruntukan Tentang Bon

Bab XLI

Pelupusan Ekshibit dan Harta yang Menjadi Perkara Kesalahan

Bab XLII

Pemindahan Kes Jenayah

Bab XLIII

Ketidakteraturan dalam Prosiding

Bab XLIV

Pelbagai

Bab V

Bab V— Persubahatan

Bab V

Bab V— Persubahatan— (Samb.)

Bab V

Bab V— Persubahatan—(Samb.)

Bab VI

Bab Vi—Kesalahan Terhadap Negara

Bab VII

Bab VII —Kesalahan yang Berhubungan Dengan Angkatan Tentera

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam—(Samb.)

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam—(Samb.)

Bab X

Bab X—Penghinaan ke Atas Kuasa Pekhidmat Awam yang Sah

Bab XI

Bab Xi—Keterangan Palsu dan Kesalahan Terhadap Keadilan Awam

Bab XII

Bab Xii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Syiling dan Setem Kerajaan

Bab XIII

Bab Xiii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Timbang dan Sukat

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral Awam

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menjejaskan Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama—(Samb.)

Bab XVI

Bab Xvi—Kesalahan yang Menyentuh Tubuh Manusia

Bab XVII

Bab Xvii—Kesalahan Terhadap Harta

Bab XIX

Bab Xix—Mungkir Kontrak Perkhidmatan Secara Jenayah

Bab XX

Bab Xx—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Perkahwinan

Bab XXI

Bab Xxi—Fitnah

Bab XXII

Bab Xxii—Ugutan Jenayah, Penghinaan dan Kegusaran

Schedules