Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXVII · Hukuman dan Penjalanannya
287. Masa melaksanakan hukuman
Feedback & supportApabila tertuduh dihukum dengan hukuman sebat sebagai tambahan kepada pemenjaraan, hukuman sebat itu tidak boleh dikenakan sehingga selepas habis tempoh tujuh hari dari tarikh hukuman itu atau, jika pemenjaraan itu sampai empat belas hari, sehingga selepas habis tempoh empat belas hari dari tarikh hukuman itu, atau jika suatu rayuan dibuat dalam masa itu, sehingga hukuman itu disahkan oleh mahkamah rayuan.
Hukuman sebat hendaklah dikenakan secepat yang dapat dilaksanakan selepas habis tempoh tujuh hari atau empat belas hari itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau dalam hal suatu rayuan, secepat yang dapat dilaksanakan selepas penerimaan perintah mahkamah rayuan yang mengesahkan hukuman itu.