Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXVII · Hukuman dan Penjalanannya
294A. Syarat bon
Feedback & supportApabila mana-mana orang dikehendaki oleh mana-mana
Mahkamah untuk menyempurnakan suatu bon dengan atau tanpa penjamin dan dalam bon itu orang yang menyempurnakannya mengikat dirinya untuk memelihara keamanan atau mengikat dirinya untuk berkelakuan baik, Mahkamah boleh menghendaki supaya dimasukkan ke dalam bon itu satu daripada syarat yang berikut atau lebih iaitu:
196
Undang-Undang Malaysia
suatu syarat bahawa orang itu hendaklah terus berada di bawah pengawasan seorang yang lain yang dinamakan dalam bon itu selama apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalamnya;
apa-apa syarat bagi memastikan pengawasan itu sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Mahkamah untuk dikenakan;
apa-apa syarat berkenaan dengan kediaman, pekerjaan, pergaulan, penahanan diri daripada minuman keras yang memabukkan atau berkenaan dengan apa-apa jua pun perkara lain sebagaimana yang difikirkan wajar oleh
Mahkamah untuk dikenakan.