Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXVII · Hukuman dan Penjalanannya
291. Section 291
Feedback & supportDalam mana-mana hal yang di bawah seksyen 290 suatu hukuman sebat yang kesemuanya atau sebahagiannya terhalang daripada dilaksanakan, pesalah itu hendaklah diletakkan dalam jagaan sehingga Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu boleh menyemaknya, dan Mahkamah tersebut boleh menurut budi bicaranya sama ada meremit hukuman itu atau menghukum pesalah itu sebagai ganti hukuman sebat, atau sebagai ganti sekian banyak daripada hukuman sebat yang tidak dilaksanakan, dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua puluh empat bulan yang boleh menjadi tambahan kepada mana-mana hukuman lain yang telah dihukumkan ke atasnya bagi kesalahan yang sama.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan membenarkan mana-mana
Mahkamah untuk mengenakan pemenjaraan selama tempoh yang melebihi tempoh yang boleh dikenakan ke atas tertuduh oleh undang-undang atau yang berwibawa untuk dikenakan oleh Mahkamah tersebut.