Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXVII · Hukuman dan Penjalanannya
288. Kaedah melaksanakan hukuman
Feedback & supportApabila tertuduh dihukum dengan hukuman sebat, bilangan sebatan hendaklah dinyatakan dalam hukuman itu. Hukuman sebat itu tidak sekali-kali boleh melebihi dua puluh empat sebatan dalam hal seseorang dewasa atau sepuluh sebatan dalam hal seseorang pesalah muda, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis.
Hukuman sebat hendaklah dikenakan pada mana-mana bahagian tubuh orang itu sebagaimana yang diarahkan secara am dari semasa ke semasa oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi ketenteraman awam.
Rotan yang digunakan bagi hukuman sebat hendaklah tidak lebih daripada setengah inci diameternya.
190
Undang-Undang Malaysia
Dalam hal seseorang tertuduh yang dihukum dengan hukuman sebat bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 403, 404, 406, 407, 408,
409 atau 420 Kanun Keseksaan, atau seseorang pesalah muda, sebatan hendaklah dikenakan mengikut cara disiplin sekolah dengan rotan yang ringan.
Apabila seseorang disabitkan dalam satu perbicaraan bagi mana-mana dua kesalahan berlainan atau lebih yang mana-mana dua atau lebih daripada kesalahan itu boleh dihukum di sisi undang-undang dengan hukuman sebat, gabungan hukuman sebat yang diawardkan oleh Mahkamah bagi mana-mana kesalahan itu tidak boleh, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis, melebihi bilangan keseluruhan dua puluh empat sebatan dalam hal orang dewasa dan sepuluh sebatan dalam hal pesalah muda.