Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXVII · Hukuman dan Penjalanannya
290. Perakuan Pegawai Perubatan dikehendaki
Feedback & supportHukuman sebat tidak boleh dikenakan melainkan jika seorang Pegawai Perubatan hadir dan memperakukan bahawa pesalah itu berada dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman itu.
Kanun Tatacara Jenayah 191
Jika, semasa pelaksanaan hukuman sebat, seorang Pegawai
Perubatan memperakukan bahawa pesalah itu tidak berada dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani baki hukuman itu, hukuman sebat itu hendaklah diberhentikan dengan muktamad.
Jika hukuman sebat dikenakan di bawah seksyen 293, Pegawai
Perubatan tidak perlu hadir, tetapi hukuman sebat itu tidak boleh dikenakan melainkan jika didapati oleh Mahkamah bahawa pesalah itu berada dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman sebat itu.
Tatacara jika hukuman sebat tidak boleh dikenakan