Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab V · Proses untuk Memaksa Kehadiran
35. Bagaimana saman disampaikan
Feedback & supportSaman hendaklah, jika dapat dilaksanakan disampaikan secara ke diri kepada orang yang disaman itu dengan menunjukkan kepadanya saman asal dan dengan mengemukakan atau menghantar serah kepadanya suatu salinan saman itu di bawah meterai Mahkamah.
Tiap-tiap orang yang kepadanya sesuatu saman disampaikan sedemikian hendaklah, jika dikehendaki sedemikian oleh pegawai penyampai itu, menandatangani penerimaan salinan saman itu pada belakang saman asal.
Dalam hal sesuatu perbadanan, saman boleh disampaikan kepada setiausahaatau pegawai seumpamanya yang lain bagi perbadanan itu
Jika orang yang hendak disaman itu tidak dapat dijumpai melalui usaha wajar yang dijalankan, saman itu bolehlah disampaikan dengan meninggalkan suatu salinannya untuknya pada seorang anggota dewasa keluarganya atau pekhidmatnya yang tinggal bersama-samanya.