Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab V · Proses untuk Memaksa Kehadiran
47. Pengeluaran waran sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada saman
Feedback & supportSesuatu Mahkamah jenayah boleh dalam apa-apa hal yang mengenainya ia diberikan kuasa untuk mengeluarkan saman bagi kehadiran mana-mana orang selain ahli juri atau pengapit mengeluarkan, selepas merekodkan sebab-sebabnya secara bertulis, waran bagi penangkapannya—
jika sama ada sebelum saman dikeluarkan atau selepas saman dikeluarkan tetapi sebelum masa yang ditetapkan bagi kehadirannya Mahkamah itu mendapati ada sebab untuk mempercayai bahawa dia telah melarikan diri atau tidak akan mematuhi saman itu; atau
jika pada masa itu dia tidak hadir, dan saman itu dibuktikan telah disampaikan dengan sewajarnya dalam masa yang membolehkannya hadir mengikut saman itu dan tiada alasan yang munasabah diberikan bagi ketidakhadiran itu.