Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab V · Proses untuk Memaksa Kehadiran
40. Kepada siapa waran diarahkan
Feedback & support(1)
Sesuatu waran penangkapan hendaklah biasanya diarahkan kepada Ketua Polis Negara dan semua pegawai polis Malaysia lain, dan mana-mana pegawai polis boleh melaksanakan waran itu di mana-mana bahagian di Malaysia.
(2)
Mahkamah yang mengeluarkan sesuatu waran boleh mengarahkan waran itu kepada mana-mana orang atas nama orang itu yang bukan pegawai polis dan semua orang itu atau mana-mana satu daripada orang itu atau lebih boleh melaksanakan waran itu.