Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab V · Proses untuk Memaksa Kehadiran
39. Mahkamah boleh mengarahkan melalui endorsan pada waran supaya cagaran diambil
Feedback & supportMana-mana Mahkamah yang mengeluarkan waran bagi penangkapan mana-mana orang boleh, menurut budi bicaranya, mengarahkan melalui endorsan atau nota kaki pada waran itu bahawa jika orang itu menyempurnakan suatu bon bersama dengan penjamin yang mencukupi bagi kehadirannya di hadapan Mahkamah itu pada masa yang dinyatakan dan selepas itu sehingga diarahkan selainnya
54
Undang-Undang Malaysia oleh Mahkamah itu, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengambil cagaran itu dan hendaklah melepaskan orang itu daripada jagaan.
Endorsan atau nota kaki itu hendaklah menyatakan—
bilangan penjamin;
amaun yang dalamnya penjamin itu dan orang yang bagi penangkapannya waran itu dikeluarkan masing-masingnya dikehendaki terikat; dan
masa yang orang itu dikehendaki hadir di hadapan
Mahkamah.
Apabila cagaran diambil di bawah seksyen ini, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengemukakan bon itu kepada Mahkamah.