Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab V · Proses untuk Memaksa Kehadiran
43. Section 43
Feedback & supportApabila sesuatu waran penangkapan dilaksanakan di luar had tempatan bidang kuasa Mahkamah yang olehnya ia telah dikeluarkan, orang yang ditangkap itu hendaklah, melainkan jika cagaran diambil di bawah seksyen 39, dibawa ke hadapan Majistret yang terhampir.
Majistret itu hendaklah, jika orang yang ditangkap itu didapati merupakan orang yang dimaksudkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan waran itu, mengarahkan pemindahannya dalam jagaan ke Mahkamah yang dinamakan dalam waran itu:
Dengan syarat bahawa, jika kesalahan itu boleh dijamin dan orang yang ditangkap itu bersedia dan sanggup memberikan jaminan hingga memuaskan hati Mahkamah yang dihadapannya orang itu dibawa atau suatu arahan telah diendorskan di bawah seksyen 39 pada waran itu dan bahawa orang itu bersedia dan sanggup untuk memberikan cagaran yang dikehendaki oleh arahan itu, Mahkamah yang akhir disebut itu hendaklah mengambil jaminan atau cagaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan mengemukakan bon itu kepada Mahkamah yang dinamakan dalam waran itu.
Tiada apa-apa jua pun dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menghalang seseorang pegawai polis daripada mengambil cagaran di bawah seksyen 39.
56
Undang-Undang Malaysia
Proklamasi dan Penahanan