Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2023Read it in English
Contents

Bab XLI · Pelupusan Ekshibit dan Harta yang Menjadi Perkara Kesalahan

407. Perintah bagi pelupusan harta yang berkenaan dengannya kesalahan dilakukan

Feedback & support
(1)

Mana-mana Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengimpaun apa-apa harta atau dokumen yang dikemukakan di hadapannya di bawah Kanun ini.

(2)

Semasa atau apabila selesai apa-apa siasatan atau perbicaraan dalam mana-mana Mahkamah jenayah, Mahkamah itu boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut bagi jagaan atau pelupusan apa-apa jua pun harta atau dokumen yang dikemukakan di hadapannya atau yang ada dalam jagaannya atau dalam jagaan polis atau mana-mana pekhidmat awam yang berkenaan dengannya apa-apa kesalahan didapati telah dilakukan atau yang telah digunakan bagi melakukan apa-apa kesalahan.

Kuasa yang diberikan kepada Mahkamah dalam subseksyen ini hendaklah termasuk kuasa untuk membuat suatu perintah bagi pelucuthakan atau perampasan harta itu atau bagi pembinasaan harta itu atau bagi penyerahan harta itu kepada mana-mana orang, tetapi hendaklah dijalankan tertakluk pada apa-apa peruntukan khas yang berhubungan dengan pelucuthakan, perampasan, pembinasaan atau penyerahan yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang di bawahnya sabitan itu telah dibuat.

(3)

Apabila seseorang Hakim membuat perintah sedemikian, dan tidak dapat melalui pegawainya sendiri dengan mudahnya menyerahkan harta itu kepada orang yang berhak ke atasnya, Hakim itu boleh mengarahkan supaya perintah itu dilaksanakan oleh seorang

Majistret.

260

Undang-Undang Malaysia

(4)

Sesuatu Mahkamah yang membuat suatu perintah di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa harta atau dokumen hendaklah mengarahkan sama ada perintah itu hendaklah berkuat kuasa dengan segera atau pada apa-apa tarikh pada masa hadapan atau apabila berlakunya apa-apa kontingensi pada masa hadapan dan hendaklah, kecuali apabila harta itu ialah binatang ternakan atau mengikut tabiinya lekas rosak, memasukkan dalam perintah itu segala arahan dan syarat yang perlu untuk memastikan bahawa harta atau dokumen itu akan dikemukakan sebagaimana yang dan apabila dikehendaki bagi maksud siasatan atau perbicaraan yang semasa atau apabila selesai siasatan atau perbicaraan perintah itu dibuat atau bagi maksud apa-apa rayuan atau prosiding jenayah selanjutnya yang berbangkit daripada siasatan atau perbicaraan itu.

(5)

Dalam seksyen ini, istilah “harta” termasuklah, dalam hal harta yang berkenaan dengannya suatu kesalahan didapati telah dilakukan, bukan sahaja harta yang pada asalnya ada dalam milikan atau di bawah kawalan mana-mana pihak tetapi juga apa-apa harta yang kepadanya atau yang baginya harta itu telah diubah atau ditukarkan, dan apa-apa jua yang telah diperoleh melalui pengubahan atau pertukaran sedemikian, sama ada pada masa itu juga atau selainnya.

Report

Bab XLII

Pemindahan Kes Jenayah

Bab XLIII

Ketidakteraturan dalam Prosiding

Bab XLIV

Pelbagai

Bab V

Bab V— Persubahatan

Bab V

Bab V— Persubahatan— (Samb.)

Bab V

Bab V— Persubahatan—(Samb.)

Bab VI

Bab Vi—Kesalahan Terhadap Negara

Bab VII

Bab VII —Kesalahan yang Berhubungan Dengan Angkatan Tentera

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam—(Samb.)

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam—(Samb.)

Bab X

Bab X—Penghinaan ke Atas Kuasa Pekhidmat Awam yang Sah

Bab XI

Bab Xi—Keterangan Palsu dan Kesalahan Terhadap Keadilan Awam

Bab XII

Bab Xii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Syiling dan Setem Kerajaan

Bab XIII

Bab Xiii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Timbang dan Sukat

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral Awam

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menjejaskan Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama—(Samb.)

Bab XVI

Bab Xvi—Kesalahan yang Menyentuh Tubuh Manusia

Bab XVII

Bab Xvii—Kesalahan Terhadap Harta

Bab XIX

Bab Xix—Mungkir Kontrak Perkhidmatan Secara Jenayah

Bab XX

Bab Xx—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Perkahwinan

Bab XXI

Bab Xxi—Fitnah

Bab XXII

Bab Xxii—Ugutan Jenayah, Penghinaan dan Kegusaran

Schedules