Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLI · Pelupusan Ekshibit dan Harta yang Menjadi Perkara Kesalahan
409. Pembayaran wang yang didapati pada tertuduh kepada orang yang tidak bersalah
Feedback & supportApabila mana-mana orang disabitkan atas apa-apa kesalahan yang termasuk atau terjumlah kepada pencurian atau menerima harta curi dan dibuktikan bahawa mana-mana orang lain telah membeli harta curi itu daripadanya tanpa mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa harta itu telah dicuri dan bahawa apa-apa wang telah, apabila dia ditangkap, diambil daripada milikan orang yang disabitkan itu, Mahkamah boleh, atas permohonan pembeli itu dan atas restitusi harta curi itu kepada orang yang berhak kepada milikannya, memerintahkan supaya diserahkan kepada pembeli itu daripada wang itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi harga yang telah dibayar oleh pembeli itu.