Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLI · Pelupusan Ekshibit dan Harta yang Menjadi Perkara Kesalahan
413. Tatacara oleh polis apabila harta disita
Feedback & supportPenyitaan atau penemuan oleh mana-mana pegawai polis harta yang diambil di bawah seksyen 20 atau yang dikatakan atau disyaki telah dicuri atau dijumpai dalam hal keadaan yang menimbulkan syak mengenai pelakuan apa-apa kesalahan hendaklah dengan segera dilaporkan kepada seorang Majistret yang hendaklah membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut berkenaan dengan penyerahan harta itu kepada orang yang berhak kepada milikan harta itu atau, jika orang itu tidak dapat ditentukan, berkenaan dengan jagaan dan pengemukaan harta itu.
Jika orang yang berhak sedemikian diketahui, Majistret itu boleh memerintahkan supaya harta itu diserahkan kepada orang itu atas apa-apa syarat, jika ada, sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Majistret itu, dan hendaklah dalam hal itu menyebabkan supaya suatu notis disampaikan kepada orang itu yang memberitahunya mengenai terma perintah itu dan yang menghendakinya menerima penyerahan harta itu dalam apa-apa tempoh dari tarikh penyampaian notis itu (yang tidak kurang daripada empat puluh lapan jam) sebagaimana yang ditetapkan oleh Majistret itu dalam notis itu.
Jika orang itu tidak diketahui, Majistret boleh mengarahkan supaya harta itu ditahan dalam jagaan polis, dan Ketua Pegawai Polis hendaklah, dalam hal itu, mengeluarkan suatu pemberitahuan awam yang menyatakan artikel yang mengandungi harta itu dan yang
Kanun Tatacara Jenayah 265
menghendaki mana-mana orang yang mempunyai apa-apa tuntutan terhadap harta itu hadir di hadapannya dan membuktikan tuntutannya dalam masa enam bulan dari tarikh pemberitahuan awam itu:
Dengan syarat bahawa jika ditunjukkan hingga Majistret itu berpuas hati bahawa harta itu tidak mempunyai apa-apa nilai yang ketara atau bahawa nilainya adalah terlalu rendah sehingga, pada pendapat
Majistret itu, menjadikan penjualan harta itu tidak dapat dilaksanakan, sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini atau sehingga menjadikan penahanan harta itu dalam jagaan polis tidak munasabah memandangkan perbelanjaan atau kesulitan yang dengan demikian itu akan terlibat, Majistret itu boleh memerintahkan supaya harta itu dimusnahkan atau selainnya dilupuskan, sama ada apabila habis tempoh selepas penyiaran pemberitahuan yang tersebut di atas sebagaimana yang ditentukan olehnya atau dengan segera sebagaimana yang difikirkan patut olehnya.
Tiap-tiap pemberitahuan di bawah subseksyen (3) hendaklah, jika nilai harta itu berjumlah lima puluh ringgit, disiarkan dalam Warta.
Walau apa pun subseksyen terdahulu, jika harta itu dikehendaki bagi penyiasatan sesuatu kes dan adalah perlu bagi harta itu ditahan, harta itu hendaklah disimpan di suatu tempat yang selamat dan patut oleh Pegawai penjaga Daerah Polis yang kesalahan itu dilakukan.