Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLI · Pelupusan Ekshibit dan Harta yang Menjadi Perkara Kesalahan
415. Tatacara jika harta mudah binasa atau bernilai rendah
Feedback & supportApa-apa harta yang ditahan dalam jagaan polis atas perintah seseorang Majistret yang dibuat di bawah subseksyen 413(3) boleh dijual melalui lelong awam atau mengikut apa-apa cara yang boleh dilaksanakan jika—
ia tertakluk pada pereputan atau kemerosotan yang cepat;
ia tidak dapat disenggarakan tanpa kesukaran, atau penyenggaraannya tidak dapat dilaksanakan;
pada pendapat pegawai polis itu bahawa nilai harta itu adalah kurang daripada sepuluh ribu ringgit; atau
jagaannya melibatkan perbelanjaan dan kesulitan yang tidak munasabah.
Hasil penjualan itu hendaklah kemudiannya berpindah kepada dan menjadi terletak hak pada Kerajaan Persekutuan selepas ditolak kos dan perbelanjaan bagi penyenggaraan dan penjualan harta itu.
Tatacara jika pemunya tidak ada