Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLI · Pelupusan Ekshibit dan Harta yang Menjadi Perkara Kesalahan
407A. Pelupusan artikel yang disita
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa peruntukan lain, Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah bagi pelupusan mana-mana artikel yang dinyatakan dalam subsekyen (2) pada bila-bila masa.
Artikel yang disita yang berikut boleh dilupuskan di bawah seksyen ini:
dadah berbahaya yang disita di bawah Akta Dadah
Berbahaya 1952 [Akta 234];
makmal atau premis dadah rahsia;
barang berharga;
wang tunai;
Kanun Tatacara Jenayah 261
bahan berbisa, bahan merosakkan, bahan kakis, bahan letupan, bahan berbahaya, bahan toksik, bahan mudah bakar, bahan pengoksidaan, bahan perengsa, bahan memudaratkan, bahan beracun, bahan psikotropik dan bahan lekas rosak;
cakera padat video, cakera optik, filem dan peranti seumpamanya yang lain;
penerbitan, buku dan dokumen lain;
kenderaan, kapal dan bentuk pengangkut lain;
kelengkapan dan jentera;
kayu dan hasil kayu;
beras, makanan dan item mudah binasa lain; dan
artikel lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pendakwa
Raya yang mungkin mudah terdedah kepada pencurian, penggantian, kekangan ruang penyimpanan yang sepatutnya, kos penyenggaraan yang tinggi atau apa-apa pertimbangan lain yang difikirkan relevan oleh Pendakwa
Raya.
Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah bagi pelupusan artikel yang dinyatakan dalam permohonan yang dibuat oleh
Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) tertakluk pada tatacara yang berikut dipatuhi:
suatu inventori artikel itu yang mengandungi perihalan, penandaan dan butir-butir lain yang dengan jelas mengenal pasti artikel itu telah dibuat oleh pegawai yang menyita artikel itu, dan Majistret atau Hakim yang mempunyai bidang kuasa perbicaraan telah memperakukan bahawa inventori itu adalah betul;
gambar artikel itu telah diambil di hadapan seorang Majistret atau Hakim yang mempunyai bidang kuasa perbicaraan, dan
262
Undang-Undang Malaysia
Majistret atau Hakim itu telah memperakukan bahawa gambar itu adalah benar;
jika boleh, sampel wakilan bagi artikel itu telah diambil di hadapan seorang Majistret atau Hakim yang mempunyai bidang kuasa perbicaraan, dan Majistret atau Hakim itu telah memperakukan bahawa sampel wakilan itu ialah sampel yang betul bagi artikel itu; dan
jika artikel itu ialah cakera padat video, cakera optik, filem dan peranti seumpamanya yang lain, artikel itu telah ditayangkan kepada seorang Majistret atau Hakim yang mempunyai bidang kuasa perbicaraan untuk menentukan kandungan artikel itu, dan Majistret atau Hakim itu telah memperakukan bahawa kandungan artikel itu adalah betul.
Apabila Mahkamah membuat suatu perintah bagi pelupusan artikel di bawah subseksyen (3), Mahkamah itu boleh membenarkan tertuduh itu mengambil gambar artikel itu.