Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLI · Pelupusan Ekshibit dan Harta yang Menjadi Perkara Kesalahan
416. Section 416
Feedback & supportJika orang yang berhak kepada milikan apa-apa harta tidak ada di dalam Negeri dan harta itu mengikut tabiinya lekas rosak atau jika Majistret yang kepadanya penyitaan harta itu dilaporkan berpendapat bahawa penjualannya adalah bagi faedah pemunyanya atau bahawa nilai harta itu adalah kurang daripada sepuluh ringgit,
Majistret itu boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan supaya harta itu dijual dan subseksyen 414(2) hendaklah terpakai bagi hasil bersih penjualan itu.
Jika orang yang kepadanya harta itu telah diperintahkan supaya diserahkan di bawah subseksyen 413(2) mengabaikan atau meninggalkan untuk menerima penyerahan harta itu dalam tempoh yang ditetapkan, Majistret itu boleh, jika harta itu mengikut tabiinya lekas rosak atau jika pada pendapatnya nilai harta itu adalah kurang
Kanun Tatacara Jenayah 267
daripada sepuluh ringgit, mengarahkan supaya harta itu dijual dan hasil bersih penjualan itu hendaklah, apabila dituntut, dibayar kepada orang yang berhak kepadanya.