Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian VI · Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan
147. Menteri boleh memerintahkan siasatan
Feedback & supportMenteri boleh memerintahkan supaya suatu siasatan tentang sebab apa-apa kemalangan yang melibatkan suatu kereta api dibuat oleh mana-mana orang yang ditentukan dalam perintah itu.
Mana-mana orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan, bagi maksud siasatan itu, segala kuasa berkanun dan kuasa lain yang pada masa itu terletak hak pada dan boleh dijalankan oleh seorang majistret bagi memanggil dan menguatkuasakan kehadiran saksi, bagi mentadbirkan sumpah atau ikrar kepada saksi itu dan bagi memaksa saksi itu untuk menjawab semua soalan yang munasabah dan berpatutan yang berhubungan dengan perkara yang menjadi hal perkara siasatan itu.
Orang yang mengadakan siasatan itu hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu salinan prosiding itu dan melaporkan pendapatnya tentang sebab kemalangan itu berserta dengan butir-butir lengkap mengenai kes itu.