Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bahagian VI · Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

156. Penyiaran notis siasatan

Feedback & support
(1)

Jika

Ketua

Pengarah

Pengangkutan

Awam

Darat diarahkan oleh Menteri supaya mengadakan suatu siasatan di bawah subseksyen 154(1) atau memutuskan untuk mengadakan suatu siasatan di bawah subseksyen 154(2), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam

Darat hendaklah menyiarkan, mengikut apa-apa cara yang difikirkannya sesuai, suatu notis mengenai perkara yang berikut:

(a)

hakikat bahawa ia mengadakan siasatan itu;

(b)

tempoh siasatan itu akan diadakan;

(c)

jenis perkara yang dengannya siasatan itu adalah berhubungan;

(d)

tempoh sekurang-kurangnya empat puluh lima hari yang dalamnya, dan bentuk yang dengannya, orang awam dipelawa untuk membuat penghujahan kepada Ketua

Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengenai perkara itu;

(e)

perkara yang diinginkan oleh

Ketua

Pengarah

Pengangkutan

Awam

Darat supaya diliputi oleh penghujahan itu; dan

(f)

alamat atau alamat-alamat tempat penghujahan itu boleh dihantar.

(2)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat tidak dikehendaki untuk menyiarkan suatu notis mengenai semua perkara yang disebut dalam subseksyen (1) pada masa yang sama atau mengikut cara yang sama.

(3)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menimbangkan apa-apa penghujahan yang diterima dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.

(4)

Penghujahan yang dibuat oleh orang awam hendaklah mengikut bentuk dan jenis yang dinyatakan dalam notis itu.

170 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

Report

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules