Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bahagian VI · Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

157. Siasatan tertutup dan bahan rahsia

Feedback & support
(1)

Walau apa pun subseksyen 155(3), suatu siasatan atau sebahagian daripada suatu siasatan boleh dijalankan secara tertutup jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa—

(a)

sesuatu dokumen atau maklumat yang mungkin diberikan, atau sesuatu perkara yang mungkin berbangkit semasa siasatan awam itu atau sebahagian daripada siasatan itu adalah bersifat rahsia; atau

(b)

siasatan atau sebahagian daripada siasatan itu mengenai sesuatu perkara atau sebahagian daripada sesuatu perkara itu tidak akan mendatangkan faedah kepada pentadbiran sewajarnya Akta ini jika siasatan atau sebahagian daripada siasatan itu dibuka kepada orang awam.

(2)

Ketua

Pengarah

Pengangkutan

Awam

Darat boleh mengarahkan supaya semua keterangan, dokumen atau bahan lain yang bersifat rahsia yang dikemukakan pada suatu siasatan awam tidak disiarkan atau dizahirkan oleh mana-mana orang atau, bahawa penyiaran atau penzahiran keterangan, dokumen atau bahan sedemikian oleh mana-mana orang hendaklah disekat.

(3)

Jika suatu siasatan atau sebahagian daripada suatu siasatan berlangsung secara tertutup, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam

Darat hendaklah memberikan arahan tentang orang yang boleh hadir pada siasatan itu atau sebahagian daripada siasatan itu.

Report

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules