Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bahagian VI · Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

163. Penjalanan penyiasatan

Feedback & support
(1)

Sebelum memulakan sesuatu penyiasatan mengenai suatu perkara yang dengannya aduan itu adalah berhubungan,

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah memberitahu responden bahawa perkara itu akan disiasat.

(2)

Suatu penyiasatan di bawah Bahagian ini hendaklah dijalankan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat.

(3)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, bagi maksud suatu penyiasatan, mendapatkan maklumat daripada mana-mana orang yang difikirkannya patut.

(4)

Tertakluk pada subseksyen (5), tidaklah perlu bagi seorang pengadu atau responden untuk diberi peluang untuk hadir di hadapan

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berkaitan dengan penyiasatan itu.

174 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

(5)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat tidak boleh, hasil daripada penyiasatan itu, membuat dapatan yang menentang seorang pengadu atau responden melainkan jika ia telah memberi pengadu atau responden itu peluang untuk membuat penghujahan mengenai perkara yang dengannya penyiasatan itu adalah berhubungan dalam tempoh masa yang tidak kurang daripada tiga puluh hari.

(6)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menimbangkan penghujahan yang dibuat oleh pengadu atau responden itu di bawah subseksyen (5) sebelum membuat keputusannya.

Report

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules