Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bahagian VI · Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

158. Laporan mengenai siasatan awam

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyiarkan suatu laporan mengenai dapatannya berkenaan dengan apa-apa siasatan awam yang dijalankan olehnya.

(2)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyiarkan laporan itu dalam masa enam puluh hari dari tamatnya siasatan awam itu.

Pengangkutan Awam Darat 171

(3)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat tidak boleh memasukkan dalam laporan itu apa-apa dokumen, maklumat atau bahan—

(a)

yang bersifat rahsia;

(b)

yang penzahirannya mungkin menjejaskan perbicaraan adil seseorang;

(c)

yang mungkin melibatkan penzahiran yang tidak munasabah mengenai maklumat peribadi mana-mana individu, termasuklah individu yang telah mati; atau

(d)

yang tertakluk pada suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 157.

Report

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules