Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian VI · Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan
154. Siasatan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat
Feedback & supportKetua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, sebagai respons kepada suatu arahan Menteri, mengadakan suatu siasatan ke atas apa-apa perkara yang bersifat am yang berhubung dengan pentadbiran Akta ini, selain suatu siasatan di bawah seksyen 146 atau 147.
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengadakan suatu siasatan ke atas apa-apa perkara, selain suatu siasatan di bawah seksyen 146 atau 147—
sebagai respons kepada permintaan bertulis daripada seseorang; atau
atas inisiatifnya sendiri, hanya jika ia berpuas hati bahawa perkara itu mempunyai kepentingan yang ketara sama ada kepada orang awam atau kepada pengendali berlesen semasa atau bakal pengendali berlesen di bawah Akta ini.