Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian VI · Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan
151. Section 151
Feedback & supportSeseorang pegawai kereta api yang menjaga suatu stesen kereta api yang tidak memberikan apa-apa notis mengenai suatu kemalangan sebagaimana yang dikehendaki oleh perenggan 145(1)(a)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Seseorang pengendali berlesen yang tidak memberikan notis mengenai suatu kemalangan sebagaimana yang dikehendaki oleh perenggan 145(1)(b) hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat suatu jumlah wang sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kemungkiran itu berterusan.
Penalti kerana tidak mematuhi seksyen 150