Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian VI · Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan
162. Aduan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat
Feedback & supportKetua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menjalankan suatu penyiasatan mengenai perkara yang disebut dalam seksyen 161 apabila diterima aduan bertulis daripada seseorang.
Aduan itu hendaklah menyatakan orang yang terhadapnya aduan itu dibuat (disebut sebagai “responden”).
Jika menjadi ternyata kepada Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat bahawa—
seseorang berhasrat untuk membuat suatu aduan; dan
orang itu memerlukan bantuan untuk merumuskan aduan itu atau mengubahnya ke dalam bentuk bertulis, menjadi kewajipan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk mengambil langkah yang munasabah untuk memberikan bantuan yang sesuai kepada orang itu.
Pengangkutan Awam Darat 173
Jika suatu aduan telah dibuat kepada Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat boleh menjalankan siasatan mengenai responden itu bagi maksud untuk memutuskan—
sama ada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mempunyai kuasa untuk menyiasat perkara yang dengannya aduan itu adalah berhubungan; atau
sama ada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat patut, mengikut budi bicaranya, menyiasat perkara itu.
Jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat memutuskan untuk tidak menyiasat, atau tidak menyiasat selanjutnya, suatu perkara yang dengannya aduan itu adalah berhubungan, ia hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, memberitahu pengadu dan responden mengenai keputusan itu dan sebab bagi keputusan itu.