Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian V · Penilai dan Pentaksir

17A. Pendaftaran penilai percubaan

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap orang berhak untuk mendapatkan namanya dimasukkan sebagai penilai percubaan di bawah

Daftar Percubaan setelah membuat permohonan kepada Lembaga dan membuktikan sehingga Lembaga berpuas hati bahawa—

(a)

dia telah mencapai umur 21 tahun dan sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh lima tahun sebelum sahaja tarikh permohonannya;

(b)

dia bukan bankrap yang belum dilepaskan;

(c)

dia telah memenuhi kehendak seksyen 18;

(d)

dia telah membuat suatu akuan dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga;

(e)

dia telah membayar fi yang ditetapkan oleh Lembaga; dan

Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 29

dan Pengurus Harta

(f)

dia telah mengemukakan semua dokumen yang dikehendaki oleh

Lembaga.

(2)

Lembaga boleh menghendaki supaya pemohon mengemukakan apa-apa dokumen tambahan sebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga berkaitan supaya Lembaga berpuas hati tentang apa-apa perkara yang disebut dalam subseksyen (1).

Report

Bahagian VI

Firma

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain

Bahagian VIII

Schedules