Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian V · Penilai dan Pentaksir

22D. Kelayakan untuk pendaftaran ejen harta tanah dan ejen harta tanah percubaan

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiada seorang pun berhak untuk mendapatkan namanya dimasukkan di bawah Bahagian III Daftar melainkan jika dia telah didaftarkan sebagai ejen harta tanah percubaan di bawah Akta ini.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 242

(2)

Mana-mana orang yang telah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh

Lembaga atau yang telah memperoleh kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga sebagai setara dengan peperiksaan itu boleh memohon kepada Lembaga untuk didaftarkan sebagai ejen harta tanah percubaan.

(3)

Ejen harta tanah percubaan dikehendaki memperoleh pengalaman praktikal dan lulus Ujian Kecekapan Profesional yang ditetapkan oleh

Lembaga atau apa-apa ujian atau peperiksaan yang setara yang diiktiraf oleh

Lembaga.

(4)

Jika ejen harta tanah percubaan telah mematuhi kehendak subseksyen

(3)

, dia boleh memohon kepada Lembaga untuk mendapatkan namanya dimasukkan dalam Daftar.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1550).

Report

Bahagian VI

Firma

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain

Bahagian VIII

Schedules