Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian V · Penilai dan Pentaksir

22F. Pendaftaran pengurus harta

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap orang berhak mendapatkan namanya dimasukkan di bawah Bahagian IV Daftar setelah membuat permohonan kepada Lembaga dan membuktikan sehingga Lembaga berpuas hati bahawa—

(a)

dia telah mencapai umur 21 tahun dan sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh lima tahun sebaik sebelum tarikh permohonannya;

(b)

dia bukan bankrap yang belum dilepaskan;

(c)

dia tidak pernah membuat pernyataan, atau mengesahkan atau mengaku saksi dokumen yang palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir matan;

(d)

dia tidak secara tidak jujur merahsiakan fakta matan;

(e)

dia tidak memberikan maklumat yang palsu;

(f)

dia memenuhi kehendak seksyen 22H;

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 242

(g)

dia telah membuat suatu akuan dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga;

(h)

dia telah membayar fi yang ditetapkan oleh Lembaga; dan

(i)

dia tidak digantung daripada menjalankan amalan penilaian atau perejenan harta tanah dan juga namanya tidak dipotong daripada

Daftar.

(2)

Walau apa pun perenggan (1)(i), seseorang yang hilang kelayakan untuk menjalankan amalan penilaian atau perejenan harta tanah boleh, jika Lembaga berpendapat dia sesuai menjalankan amalan pengurusan harta, mendapatkan namanya dimasukkan di bawah Bahagian IV Daftar sebagai pengurus harta.

(3)

Mana-mana penilai berdaftar atau pentaksir berdaftar yang, sebaik sebelum mula berkuat kuasanya Bahagian ini, namanya telah dimasukkan di bawah Bahagian I atau II Daftar hendaklah, apabila mula berkuat kuasanya

Bahagian ini, berhak mendapatkan namanya dimasukkan di bawah Bahagian IV

Daftar tanpa bayaran apa-apa fi.

(4)

Mana-mana penilai percubaan yang telah lulus Ujian Kecekapan

Profesional bagi pengurus harta berhak mendapatkan namanya dimasukkan di bawah Bahagian IV Daftar.

(5)

Mana-mana orang yang telah memperoleh kelayakan yang diiktiraf oleh

Lembaga dan telah lulus Ujian Kecekapan Profesional bagi pengurus harta berhak mendapatkan namanya dimasukkan di bawah Bahagian IV Daftar.

(6)

Mana-mana ejen harta tanah berdaftar berhak mendapatkan namanya dimasukkan di bawah Bahagian IV Daftar jika sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Bahagian ini dia dibenarkan untuk menjalankan pengurusan harta sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 22B(2).

(7)

Mana-mana orang yang memohon dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya Bahagian ini bagi pendaftaran di bawah Bahagian

IV Daftar berhak mendapatkan namanya didaftarkan sedemikian jika dia membuktikan sehingga Lembaga berpuas hati bahawa—

(a)

sebaik sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Bahagian ini—

Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 41

dan Pengurus Harta

(i)

dia telah melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan pengurusan harta; dan

(ii)

dia telah memberikan khidmat kepada kliennya yang secara amnya memuaskan hati mereka; dan

(b)

dia mematuhi peruntukan subseksyen (1).

(8)

Bagi memuaskan hati tentang apa-apa perkara yang disebut dalam subseksyen (1), (4), (5), (6) dan (7), Lembaga boleh meminta pemohon untuk mengemukakan kepadanya apa-apa dokumen sebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga adalah berkaitan.

(9)

Penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang dibenarkan untuk menjalankan pengurusan harta sebelum mula berkuat kuasanya Bahagian ini boleh, sementara menunggu namanya dimasukkan di bawah Bahagian IV Daftar sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (3) atau (6), terus melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan pengurusan harta dalam tempoh yang disebut dalam subseksyen (7).

Report

Bahagian VI

Firma

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain

Bahagian VIII

Schedules