Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian V · Penilai dan Pentaksir
22I. Amalan pengurusan harta
Feedback & supportTertakluk kepada peruntukan Akta ini, seseorang pengurus harta berdaftar yang telah dikeluarkan suatu kuasa untuk menjalankan amalan oleh
Lembaga berhak mengamalkan profesionnya dan dibenarkan untuk menjalankan amalan pengurusan harta.
Amalan pengurusan harta yang disebut dalam subseksyen (1)
termasuklah yang berikut:
menguatkuasakan terma pajakan dan perjanjian lain yang berhubungan dengan harta itu;
menyediakan belanjawan dan menyenggarakan rekod kewangan bagi harta itu;
memantau perbelanjaan bagi harta itu dan membuat pembayaran daripada pendapatan harta itu;
memberikan nasihat mengenai keputusan penjualan, pembelian dan penyewaan;
memberikan nasihat mengenai perkara insurans;
memberikan nasihat mengenai peluang untuk menghasilkan potensi pembangunan atau pelaburan harta itu;
memberikan nasihat mengenai keperluan untuk meningkatkan harta itu atau untuk mencantumkan kepentingan;
menguruskan dan menyenggarakan bangunan dan kemudahan pada bangunan itu; dan 44 Undang-Undang Malaysia AKTA 242
menyediakan atau memeriksa inventori perabot, lekapan, stok tred, loji atau jentera, atau barang lain.