Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian V · Penilai dan Pentaksir

22. Kuasa khas

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan apa-apa dasar sebagaimana yang boleh diterima pakai oleh Lembaga dari semasa ke semasa, Yang

Dipertua boleh dari semasa ke semasa dengan kelulusan Lembaga, setelah dibayar fi yang ditetapkan oleh Lembaga dan atas apa-apa syarat atau dengan apa-apa sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan, secara bertulis membenarkan mana-mana orang yang bukan seorang penilai berdaftar melakukan apa-apa perbuatan atau perkara yang orang itu, jika tidak kerana kebenaran itu, tetap dilarang atau tidak berhak melakukan dan boleh pada bila-bila masa, tanpa memberi apa-apa sebab, menarik balik kebenaran itu dengan menyampaikan notis kepada orang itu.

(2)

Tiada seorang pun boleh dibenarkan melakukan di bawah seksyen ini apa-apa perbuatan atau perkara selama lebih daripada jumlah tempoh satu ratus lapan puluh hari dalam mana-mana satu tahun kalendar.

(3)

Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan atau perkara di bawah dan mengikut suatu kebenaran di bawah subseksyen (1) hendaklah, walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam Akta ini, disifatkan sebagai dibenarkan melakukan perbuatan atau perkara itu seolah-olah dia seorang penilai berdaftar.

BAHAGIAN VA

EJEN HARTA TANAH

Report

Bahagian VI

Firma

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain

Bahagian VIII

Schedules