Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian V · Penilai dan Pentaksir

18. Kelayakan untuk pendaftaran penilai dan penilai percubaan

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiada seorang pun berhak untuk mendapatkan namanya dimasukkan di bawah Bahagian I Daftar melainkan jika dia telah didaftarkan sebagai penilai percubaan di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang telah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh

Lembaga atau yang telah memperoleh kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga sebagai setara dengan peperiksaan itu boleh memohon kepada Lembaga untuk didaftarkan sebagai penilai percubaan.

(3)

Penilai percubaan dikehendaki memperoleh pengalaman praktikal dan lulus Ujian Kecekapan Profesional yang ditetapkan oleh Lembaga atau apa-apa ujian atau peperiksaan yang setara yang diiktiraf oleh Lembaga.

(4)

Jika penilai percubaan telah mematuhi kehendak subseksyen (3), dia boleh memohon kepada Lembaga untuk mendapatkan namanya dimasukkan dalam Daftar.

(5)

Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), seseorang anggota siswazah daripada Bahagian Perundingan Hartanah dan Ukuran Penilaian,

Institusi Jurukur (Malaysia) yang telah mematuhi kehendak subseksyen (3)

boleh memohon kepada Lembaga untuk mendapatkan namanya dimasukkan dalam Daftar.

(6)

(Dipotong oleh Akta A1550).

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 242

Report

Bahagian VI

Firma

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain

Bahagian VIII

Schedules