Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian V · Penilai dan Pentaksir
22H. Kelayakan untuk pendaftaran pengurus harta dan pengurus harta percubaan
Feedback & supportTertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiada seorang pun berhak mendapatkan namanya dimasukkan di bawah Bahagian IV Daftar melainkan jika dia telah didaftarkan sebagai pengurus harta percubaan di bawah Akta ini.
Mana-mana orang yang telah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh
Lembaga atau yang telah memperoleh kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga sebagai setara dengan peperiksaan itu boleh memohon kepada Lembaga untuk didaftarkan sebagai pengurus harta percubaan.
Pengurus harta percubaan dikehendaki memperoleh pengalaman praktik dan lulus Ujian Kecekapan Profesional yang ditetapkan oleh Lembaga atau apa-apa ujian atau peperiksaan yang setara yang diiktiraf oleh Lembaga.
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 43
dan Pengurus Harta
Jika pengurus harta percubaan telah mematuhi kehendak subseksyen (3), dia boleh memohon kepada Lembaga untuk mendapatkan namanya dimasukkan dalam Daftar.