Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian V · Penilai dan Pentaksir
22J. Sekatan ke atas amalan pengurusan harta
Feedback & supportTiada seorang pun boleh, melainkan jika dia seorang pengurus harta berdaftar dan yang telah dikeluarkan kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan di bawah seksyen 16—
menjalankan amalan atau menjalankan perniagaan atau bekerja di bawah apa-apa nama, stail atau gelaran yang mengandungi perkataan “Pengurus Harta”, “Ejen Pengurusan”, atau yang seerti dengannya, dalam apa-apa bahasa atau mengandungi apa-apa jua perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh dengan semunasabahnya ditafsirkan sebagai membayangkan erti bahawa dia merupakan seorang pengurus harta berdaftar atau bahawa dia melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan pengurusan harta;
bertindak sebagai pengurus harta;
menjalankan perniagaan atau dilantik atau melibatkan diri sebagai pengurus harta;
mempamerkan apa-apa papan tanda atau poster, atau menggunakan, mengedarkan atau menyebarkan apa-apa kad, surat, risalah, lembaran, notis atau apa-apa bentuk iklan, yang membayangkan sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia merupakan seorang pengurus harta berdaftar atau melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan pengurusan harta;
mengusahakan untuk suatu fi atau balasan lain mana-mana kerja yang disenaraikan dalam subseksyen 22I(2); atau
berhak menuntut dalam mana-mana mahkamah apa-apa fi, komisen, caj atau saraan bagi apa-apa nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberikan sebagai seorang pengurus harta.
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 45
dan Pengurus Harta
Perenggan (1)(b) tidak terpakai bagi pemunya mana-mana tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya yang menguruskan tanah, bangunan dan kepentingan itu.
Bagi maksud subseksyen (2), “pemunya” berhubung dengan mana-mana tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan dalam tanah atau bangunan itu ertinya–
pemunya berdaftar;
benefisiari apa-apa harta pusaka atau amanah si mati; dan
pemajak yang kepentingannya didaftarkan di bawah Kanun
Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965], Kanun Tanah Sarawak
[Sarawak Bab 81] dan Ordinan Tanah Sabah [Sabah Bab 68].
Bagi maksud perenggan (3)(a) dan (c), seseorang pemunya berdaftar atau pemajak boleh merupakan seorang individu atau suatu syarikat tetapi tidak termasuk mana-mana pemegang syer dalam syarikat yang memiliki apa-apa tanah, bangunan dan kepentingan dalam tanah atau bangunan itu melainkan jika tanah, bangunan dan kepentingan itu dimiliki sepenuhnya oleh syarikat itu.
Peruntukan yang berhubungan dengan sekatan ke atas amalan pengurusan harta yang terkandung dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu firma.