Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian V · Penilai dan Pentaksir
22A. Pendaftaran ejen harta tanah
Feedback & supportTertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap orang berhak menuntut namanya dimasukkan di bawah Bahagian III Daftar setelah membuat permohonan kepada Lembaga dan membuktikan sehingga Lembaga berpuas hati bahawa—
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 33
dan Pengurus Harta
dia telah mencapai umur 21 tahun dan sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh lima tahun sebelum sahaja tarikh permohonannya;
dia tidak pernah membuat pernyataan atau mengesahkan atau mengaku saksi dokumen yang palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir matan;
dia tidak secara tidak jujur merahsiakan fakta matan;
dia tidak memberikan maklumat yang palsu;
dia bukan bankrap yang belum dilepaskan;
dia telah memenuhi kehendak seksyen 22D;
dia telah membuat suatu akuan dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga;
dia telah membayar fi yang ditetapkan oleh Lembaga; dan
dia tidak digantung daripada menjalankan amalan penilaian atau pengurusan harta dan juga namanya tidak dipotong dari Daftar.
Walau apa pun perenggan (1)(f), seseorang yang hilang kelayakan untuk menjalankan amalan penilaian atau pengurusan harta boleh, jika
Lembaga berpendapat dia sesuai menjalankan amalan perejenan harta tanah, untuk mendapatkan namanya dimasukkan di bawah Bahagian III Daftar sebagai ejen harta tanah.
Mana-mana orang yang membuat permohonan dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya Bahagian ini untuk pendaftaran di bawah Daftar Ejen Harta Tanah berhak untuk mendapatkan namanya didaftarkan sedemikian jika dia membuktikan sehingga Lembaga berpuas hati bahawa—
sebaik sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Bahagian ini—
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 242
dia telah melibatkan diri dalam amalan perejenan harta tanah dan bahawa pada amnya perniagaannya sedemikian adalah menjadi pekerjaan utamanya; atau
dia adalah penilai atau pentaksir berdaftar dan bahawa perniagaannya sebagai sedemikian termasuklah amalan perejenan harta tanah, dan bahawa dia telah melayani kliennya secara amnya dengan memuaskan hati mereka; dan
memenuhi atau mematuhi peruntukan perenggan (1)(a), (d), (e)
dan (f).
Bagi memuaskan hati tentang apa-apa perkara yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) Lembaga boleh meminta pemohon mengemukakan kepadanya apa-apa dokumen sebagaimana yang difikirkannya berkaitan.