Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian V · Penilai dan Pentaksir

21. Sekatan ke atas amalan penilaian

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh melainkan jika dia seorang penilai atau pentaksir berdaftar dan yang kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan di bawah seksyen 16—

Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 31

dan Pengurus Harta

(a)

menjalankan amalan atau menjalankan perniagaan atau bekerja di bawah apa-apa nama, stail atau gelaran yang mengandungi perkataan “Penilai”, “Pentaksir”, “Ahli Ekonomi Tanah”,

“Perunding Cara Harta”, atau yang seerti dengannya, dalam apa-apa bahasa atau mengandungi apa-apa jua perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh dengan semunasabahnya ditafsirkan sebagai membayangkan erti bahawa dia merupakan seorang penilai berdaftar atau pentaksir berdaftar atau bahawa dia melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan;

(aa)

(Dipotong oleh Akta A1550).

(ab)

menjalankan perniagaan atau bekerja sebagai seorang penilai atau pentaksir;

(b)

mempamerkan apa-apa papan tanda, atau menggunakan, mengedarkan atau menyebarkan apa-apa kad, surat, risalah, lembaran, notis atau apa-apa bentuk iklan, yang membayangkan sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia merupakan seorang penilai berdaftar atau pentaksir berdaftar;

(c)

mengusaha bagi suatu fi atau balasan lain apa-apa kerja yang disenaraikan dalam seksyen 19; atau

(d)

berhak mendapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah apa-apa fi, caj atau saraan bagi apa-apa nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberi sebagai seorang penilai atau pentaksir.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1550).

(3)

(Dipotong oleh Akta A1550).

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 242

(4)

Peruntukan yang berhubungan dengan sekatan ke atas amalan penilaian dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu firma.

Report

Bahagian VI

Firma

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain

Bahagian VIII

Schedules