Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian V · Penilai dan Pentaksir

22G. Pendaftaran pengurus harta percubaan

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap orang berhak mendapatkan namanya dimasukkan sebagai pengurus harta percubaan dalam

Daftar Percubaan setelah membuat permohonan kepada Lembaga dan membuktikan sehingga Lembaga berpuas hati bahawa—

(a)

dia telah mencapai umur 21 tahun dan sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh lima tahun sebelum sahaja tarikh permohonannya;

(b)

dia bukan bankrap yang belum dilepaskan;

(c)

dia memenuhi kehendak seksyen 22H;

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 242

(d)

dia telah membuat suatu akuan dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga;

(e)

dia telah membayar fi yang ditetapkan oleh Lembaga; dan

(f)

dia telah mengemukakan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga.

(2)

Lembaga boleh menghendaki supaya pemohon mengemukakan apa-apa dokumen tambahan sebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga berkaitan supaya Lembaga berpuas hati tentang apa-apa perkara yang disebut dalam subseksyen (1).

(3)

Mana-mana ejen harta tanah berdaftar yang memohon dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Bahagian ini bagi pendaftaran sebagai pengurus harta percubaan di bawah Daftar Percubaan berhak mendapatkan namanya didaftarkan sedemikian jika dia membuktikan sehingga Lembaga berpuas hati bahawa dia mempunyai sepuluh tahun pengalaman sebagai seorang ejen harta tanah.

Report

Bahagian VI

Firma

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain

Bahagian VIII

Schedules