Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian V · Penilai dan Pentaksir

22B. Amalan perejenan harta tanah

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, seseorang ejen harta tanah berdaftar yang telah dikeluarkan suatu kuasa untuk menjalankan amalan oleh

Lembaga adalah berhak mengamalkan profesionnya dan dibenarkan untuk mengusahakan amalan perejenan harta tanah.

(1A)

Seseorang itu menjalankan amalan perejenan harta tanah jika dia bertindak sebagai ejen, atau mengemukakan dirinya kepada orang ramai atau kepada mana-mana individu atau firma sebagai bersedia untuk bertindak sebagai ejen, bagi suatu komisen, fi, upah atau balasan lain—

(a)

berkenaan dengan apa-apa jualan atau pelupusan lain tanah dan bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya;

(b)

berkenaan dengan apa-apa pembelian atau pengambilan lain tanah dan bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya;

(c)

berkenaan dengan apa-apa pemajakan atau penyewaan tanah dan bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya;

Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 35

dan Pengurus Harta

(d)

dalam membuat makluman tentang adanya tanah, bangunan, atau apa-apa kepentingan dalamnya untuk apa-apa jualan atau pelupusan, pembelian atau pengambilan, atau pemajakan atau penyewaan yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c), mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(e)

berkenaan dengan apa-apa pentadbiran penyewaan termasuklah pengutipan sewa, bayaran perbelanjaan, perkiraan bagi pembaikan kecil dan penyerahan dan pengambilan milikan sesuatu harta bagi apa-apa tanah dan bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya.

(1B)

Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada ejen harta tanah berdaftar boleh menjalankan pengurusan harta.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1B), Lembaga boleh membenarkan ejen harta tanah berdaftar menjalankan pengurusan harta—

(a)

jika dia dibenarkan berbuat demikian sebelum subseksyen

(1B)

mula berkuat kuasa; dan

(b)

tertakluk kepada syarat dan sekatan yang sama yang dikenakan oleh Lembaga ke atasnya sebelum subseksyen (1B)mula berkuat kuasa.

Report

Bahagian VI

Firma

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain

Bahagian VIII

Schedules