Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian V · Penilai dan Pentaksir

19. Amalan penilaian

Feedback & support

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, seseorang penilai berdaftar atau pentaksir berdaftar yang telah dikeluarkan suatu kuasa untuk menjalankan amalan oleh Lembaga adalah berhak mengamalkan profesionnya dan dibenar mengusahakan—

(a)

penilaian mengenai semua tanah dan bangunan dan segala kepentingan mengenainya termasuk pokok, tanaman, perabot, lekapan, stok tred, loji, jentera, peralatan dan barang lain; dan

(b)

penilaian tanah dan bangunan dan segala kepentingan mengenainya yang dikehendaki bagi kajian kemungkinan, pengurusan projek, prosiding mahkamah, timbang tara atau maksud lain.

(c)

(Dipotong oleh Akta A1550).

Report

Bahagian VI

Firma

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain

Bahagian VIII

Schedules