Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian V · Penilai dan Pentaksir
22C. Sekatan ke atas amalan perejenan harta tanah
Feedback & supportTiada seorang pun boleh melainkan jika dia seorang ejen harta tanah berdaftar dan kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan di bawah seksyen 16—
menjalankan amalan atau menjalankan perniagaan atau bekerja dengan apa jua nama, stail atau gelaran yang mengandungi perkataan “Ejen Harta Tanah”, “Ejen Perumahan”, “Ejen Harta”,
“Ejen Tanah”, “Broker Rumah” , “Perunding Perejenan Harta
Tanah”, atau apa-apa perkataan lain yang seerti dengannya, dalam apa-apa bahasa atau mengandungi apa jua perkataan lain
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 242
dalam apa-apa bahasa yang boleh dengan semunasabahnya ditafsirkan sebagai membayangkan erti bahawa dia adalah seorang ejen harta tanah berdaftar atau bahawa dia melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan perejenan harta tanah;
menjalankan perniagaan atau bekerja sebagai seorang ejen harta tanah;
mempamerkan apa-apa papan tanda atau poster, atau menggunakan, mengedarkan atau menyebarkan apa-apa kad, surat, risalah, lembaran, notis atau apa-apa bentuk iklan, yang membayangkan sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia merupakan seorang ejen harta tanah berdaftar atau bahawa dia melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan perejenan harta tanah;
menawarkan untuk jualan, sewaan atau pajakan atau mempelawa tawaran untuk membeli, menyewa atau memajak apa-apa tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan mengenainya tidak kira sama ada tanah, bangunan dan kepentingan itu terletak di dalam
Malaysia atau di luar Malaysia:
Dengan syarat bahawa jika harta asing hendak dipasarkan di Malaysia, tawaran atau pelawaan itu hendaklah dibuat oleh atau melalui seorang ejen harta tanah yang menjalankan amalan dan bermastautin di Malaysia bagi pihak seseorang prinsipal atau seseorang ejen harta tanah yang menjalankan amalan atau bermastautin di luar Malaysia;
mengusahakan mana-mana kerja yang dinyatakan dalam seksyen 22B; atau
berhak menuntut dalam mana-mana mahkamah apa-apa fi, komisen, caj atau saraan bagi apa-apa nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberi sebagai seorang ejen harta tanah.
Walau apa pun subseksyen (1)—
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 37
dan Pengurus Harta
seseorang pemunya mana-mana tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan mengenainya boleh menjual atau menyewa atau memajakkan atau mensubpajakkan, atau menawarkan untuk menjual atau menyewa atau memajakkan atau mensubpajakkan, tanah, bangunan dan kepentingan itu;
seseorang pelelong berlesen boleh menjual atau menawarkan untuk menjual mana-mana tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan mengenainya melalui lelongan awam;
seseorang pemegang surat kuasa wakil berkenaan dengan mana-mana tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan mengenainya yang bertindak dengan percuma dan tanpa komisen, fi, upah atau balasan lain, boleh menjual, membeli atau menyewa, atau menawarkan untuk menjual, membeli atau menyewa, tanah, bangunan dan kepentingan itu; dan
seseorang perunding boleh membantu ejen harta tanah berdaftar dalam amalan perejenan harta tanah.
Bagi maksud perenggan (2)(d), “perunding” ertinya seseorang yang diambil bekerja oleh ejen harta tanah berdaftar untuk membantunya dalam amalan perejenan harta tanah.
Peruntukan yang berhubungan dengan amalan perejenan harta tanah dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu firma.