Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian V · Penilai dan Pentaksir

22E. Pendaftaran ejen harta tanah percubaan

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada Akta ini, tiap-tiap orang berhak untuk mendapatkan namanya dimasukkan sebagai ejen harta tanah percubaan dalam

Daftar Percubaan setelah membuat permohonan kepada Lembaga dan membuktikan sehingga Lembaga berpuas hati bahawa—

(a)

dia telah mencapai umur 21 tahun dan sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh lima tahun sebelum sahaja tarikh permohonannya;

(b)

dia bukan bankrap yang belum dilepaskan;

(c)

dia telah memenuhi kehendak seksyen 22D;

(d)

dia telah membuat suatu akuan dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga;

(e)

dia telah membayar fi yang ditetapkan oleh Lembaga; dan

Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 39

dan Pengurus Harta

(f)

dia telah mengemukakan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga.

(2)

Lembaga boleh menghendaki supaya pemohon mengemukakan kepadanya apa-apa dokumen tambahan sebagaimana yang difikirkan berkaitan oleh Lembaga supaya Lembaga berpuas hati tentang apa-apa perkara yang disebut dalam subseksyen (1).

BAHAGIAN VB

PENGURUS HARTA

Report

Bahagian VI

Firma

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib dan Prosiding Lain

Bahagian VIII

Schedules