/akn/my/act/act/1993/502

AKTA KOPERASI 1993

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1993
Last amended
2021
Sections
99
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA KOPERASI 1993 is Malaysia Act, cited as Act 502 1993, currently marked in force and first recorded in 1993.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi penubuhan, pendaftaran, pengawalan dan pengawalseliaan koperasi-koperasi; untuk menggalakkan perkembangan koperasi-koperasi; dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia atau bagi mula berkuatkuasanya peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

"anggota" termasuklah seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang turut sama dalam permohonan pendaftaran sesuatu koperasi, dan seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang diterima menjadi anggota mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang kecil selepas pendaftaran;

"Cawangan..."

“deposit” ertinya wang yang didepositkan oleh manamana orang dengan sesuatu koperasi berdaftar dalam suatu akaun tetap atau akaun tabungan atau akaun deposit yang lain tetapi tidak termasuk syer atau yuran atau simpanan khas;

ditenlukan ...

dilalapkan...

"dividen" ertinya bahagian keuntungan sesuatu koperasi berdaftar yang dibahagikan di kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar modal syer atau modal yuran yang dipegang oleh mereka;

dokumen... honorarium...

" harta" " kanak-kanak"

kopcran...

"Ketua Pendaftar" ertinya Ketua Pendaftar Koperasi yang dilantik di bawah seksyen 3;

kelua pegawa: ekrekytif...

"kesalahan boleh daftar" ertinya kesalahan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Penjenayahpenjenayah dan Orang-orang Tak Diingini 1969 sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Kedua kepada Akta itu;

"koperasi asas" ertinya koperasi yang-didaftarkan di bawah subseksyen 4(1);

“koperasi atasan” ertinya koperasi yang-didaftarkan di bawah subseksyen 4(3);

koperah dilatapkan ...

"koperasi berdaftar" ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini;

“koperasi menengah” ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah subseksyen 4(2);

“kumpulan Wang Rizob Stalutori”...

"Lembaga" ertinya badan pengelola sesuatu koperasi berdaftar yang kepadanya pengurusan hal-ehwal koperasi itu diamanahkan;

“mesyuarat agung permulaan” ertinya mesyuarat agung yang padanya orang-orang yang berhasrat hendak menubuhkan suatu koperasi membuat ketetapan untuk menubuhkan koperasi itu, untuk menerima-pakai undang-undang kecil yang dicadangkan bagi koperasi itu dan untuk memohon supaya koperasi itu didaftarkan;

"pegawai" ertinya pengerusi setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain sesuatu Lembaga dan termasuklah mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh peraturan-peraturan atau undang-undang kecil untuk memberikan arahan-arahan berkenaan dengan urusan koperasi berdaftar itu;

" pembinaan Islam " ...

Pengerun Eksekutif...

"peraturan" ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

"perbadanan..."

perbadanan bewekulu...

perbadanan berkaitan...

"perlantikan" termasuklah apa-apa perlantikan atau perlantikan semula melalui pemilihan;

"perniagaan pembiayaan' penerimaan deposit dan—

ertinya perniagaan

(a)

pemberian pinjaman atau pemberian apa-apa kemudahan kredit lain; atau

Suggest a correction

(b)

pemberian pinjaman dan pemberian apa-apa kemudahan kredit lain;

"perwakilan" ertinya—

Suggest a correction

(a)

wakil anggota-anggota individu, yang dipilih di mesyuarat peringkat wilayah anggota-anggota sesuatu koperasi asas yang mesyuarat agung anggotanya digantikan dengan mesyuarat agung perwakilan; atau

Suggest a correction

(b)

wakil sesuatu koperasi berdaftar yang ialah anggota suatu koperasi berdaftar yang lain yang mesyuarat-mesyuaratnya wakil itu telah dipilih atau dilantik untuk menghadirinya;

“potongan langganan” ertinya bahagian keuntungan sesuatu koperasi berdaftar yang dibahagikan di kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar banyaknya perniagaan yang dilakukan oleh mereka dengan koperasi itu dan yang daripadanya keuntungan koperasi itu diperoleh;

“prinsip-prinsip koperasi” termasuklah—

Suggest a correction

(c)

pulangan terhad atas modal yang disumbangkan oleh anggota-anggota;

Suggest a correction

(f)

kerjasama aktif di kalangan koperasi-koperasi berdaftar;

" pulangan "...

"sabitan" termasuklah sesuatu dapatan bersalah dan pembuktian kesalahan;

"sekuriti"...

"simpanan khas" ertinya wang yang didepositkan oleh seseorang anggota dengan sesuatu koperasi berdaftar dengan niat nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan untuk suatu maksud yang dinyatakan yang dibenarkan di bawah peraturan-peraturan;

"subsidiari" sesuatu koperasi berdaftar ertinya sesuatu syarikat, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965, yang komposisi Lembaga Pengarahnya atau lebih daripada separuh kuasa mengundinya dikawal oleh koperasi berdaftar itu, atau yang lebih daripada separuh modal syer diterbitkannya dipegang oleh koperasi berdaftar itu, dan termasuklah sesuatu subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu, bagi syarikat itu;

Suruhanjaya...

"syer" ertinya bahagian dalam modal syer sesuatu koperasi berdaftar yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam koperasi berdaftar itu;

^ tahun kewangan...

"undang-undang kecil" ertinya undang-undang kecil berdaftar yang dibuat oleh sesuatu koperasi berdaftar pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini, dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar undang-undang kecil itu;

"wang berlebihan" ertinya wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh sesuatu koperasi berdaftar bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar koperasi itu tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan itu;

"yuran" ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat-lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam sesuatu koperasi berdaftar dan yang boleh dikeluarkan apabila tamat keanggotaannya.

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pendaftar boleh melantik sekian bilangan pegawai awam sebagaimana yang perlu untuk menjadi Pendaftar untuk membantunya dan Pendaftar-Pendaftar itu hendaklah, tertakluk kepada kawalan Ketua Pendaftar, mempunyai segala kuasa dan fungsi Ketua Pendaftar kecuali kuasa dan fungsi yang dinyatakan dalam seksyen 65, 69, 71, 72, 80, 92 dan 93.

Suggest a correction

(3)

Fungsi-fungsi Ketua Pendaftar ialah—

(a)

mendaftarkan dan membatalkan pendaftaran koperasi-koperasi dan memastikan bahawa koperasi-koperasi berfungsi mengikut peruntukan-peruntukan Akta ini;

Suggest a correction

(b)

menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan koperasi;

Suggest a correction

(c)

menggalakkan dan meningkatkan penubuhan dan pembangunan koperasi dalam semua sektor ekonomi dan membantu koperasi-koperasi meningkatkan kecekapannya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan dan fungsi-fungsi yang diberikan kepada Ketua Pendaftar oleh Akta ini dan peraturanperaturan, Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa, menunaikan segala kewajipan dan melaksanakan segala fungsi yang perlu bagi maksud memberikan kuatkuasa kepada dan melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.

Suggest a correction

(5)

Orang yang sedang menjalankan kewajipankewajipan Ketua Pendaftar dan pengganti-penggantinya dalam jawatan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama "Ketua Pendaftar Koperasi, Malaysia" (dalam seksyen ini disebut "perbadanan itu") yang hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan dan yang boleh—

(a)

membuat kontrak dan mendakwa dan didakwa dengan namanya yang tersebut itu;

Suggest a correction

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala jenis harta alih dan tak alih; dan

Suggest a correction

(c)

menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadai-janji, menggadaikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan atau selainnya melupuskan apa-apa harta alih dan tak alih yang terletakhak pada perbadanan itu atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh perbadanan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Meterai perbadanan bagi perbadanan itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan itu, dan sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini suatu cap yang mengandungi tulisan "Ketua Pendaftar Koperasi, Malaysia" boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.

Suggest a correction

(7)

Segala suratikatan, dokumen dan suratcara lain yang memerlukan meterai perbadanan itu hendaklah dimeteraikan dengan meterai perbadanan di hadapan pegawai yang sedang menjalankan kewajipan-kewajipan Ketua Pendaftar dan Ketua Pendaftar hendaklah menandatangani tiap-tiap suratikatan, dokumen atau suratcara lain sedemikian yang padanya meterai perbadanan telah dicapkan, dan penandatangan sedemikian hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai sah bagi perbadanan itu.

Suggest a correction

(8)

Perbadanan hendaklah menyenggara rekod-rekod dan akaun-akaun yang sepatutnya berkenaan dengan transaksi-transaksinya dan akaun-akaun itu hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PENDAFTARAN

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu pertubuhan yang terdiri daripada koperasi-koperasi asas sahaja dan yang matlamatnya ialah untuk memudahkan operasi koperasi-koperasi sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi menengah.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu pertubuhan yang terdiri daripada koperasi-koperasi menengah sahaja atau koperasi-koperasi menengah dan asas dan yang matlamatnya ialah untuk memudahkan operasi koperasi-koperasi sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi atasan.

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

ia terdiri daripada sekurang-kurangnya satu ratus orang individu; dan

Suggest a correction

(b)

dalam hal koperasi menengah atau koperasi atasan, oleh seorang yang diberikuasa sewajarnya bagi pihak setiap koperasi asas atau koperasi menengah, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(b)

setiap orang individu sedemikian layak di bawah seksyen 26 untuk menjadi anggota dan tidak hilang kelayakan di bawah seksyen 27 untuk menjadi anggota.

Suggest a correction

(2)

Permohonan pendaftaran hendaklah disertakan dengan—

Suggest a correction

(2)

Tiada koperasi boleh didaftarkan sebagai koperasi menengah melainkan jika ia terdiri daripada sekurang-kurangnya dua koperasi asas.

Suggest a correction

(3)

Tiada koperasi boleh didaftarkan sebagai koperasi atasan melainkan jika ia terdiri daripada sekurang-kurangnya dua koperasi menengah.

(a)

salinan-salinan undang-undang kecil yang dicadangkan, yang ditandatangani oleh pemohon-pemohon; dan-

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam hal koperasi asas, oleh sekurangkurangnya sepuluh-orang yang semuanya layakmenjadi anggota;

Suggest a correction

(b)

tertakluk kepada subseksyen 8(2), minit mesyuarat agung permulaan, yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya lima puluh orang yang hadir.

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan liabiliti terhad.

Suggest a correction

(3)

Jika Ketua Pendaftar enggan mendaftarkan sesuatu koperasi, rayuan boleh dibuat kepada Menteri terhadap keengganan itu dalam masa dua bulan dari tarikh keengganan itu.

Suggest a correction

(4)

Perkataan "Koperasi" hendaklah menjadi sebahagian daripada nama tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(5)

Perkataan "Berhad" hendaklah menjadi perkataan terakhir dalam nama tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun perenggan 6(2)(b), permohonan bagi pendaftaran sesuatu koperasi yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani oleh semua orang yang hadir.

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Pendaftaran sesuatu koperasi hendaklah menjadikannya suatu pertubuhan perbadanan, dengan nama yang di bawahnya ia didaftarkan, yang kekal turuntemurun dan mempunyai meterai biasa, dan dengan kuasa untuk memegang segala jenis harta alih dan harta tak alih, membuat kontrak, memulakan dan membela guaman-guaman dan prosiding undang-undang yang lain dan membuat sègala benda yang perlu bagi maksud-maksud yang baginya ia ditubuhkan.

dikeluarkan

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Perakuan pendaftaran yang ditandatangani oleh Ketua Pendaftar hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa koperasi yang tersebut di dalamnya telah didaftarkan dengan sewajarnya, melainkan jika dibuktikan bahawa pendaftaran koperasi itu telah dibatalkan.

Bahagian III

BAHAGIAN III

10A=10B...

Suggest a correction

KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI BERDAFTAR

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah mempunyai alamat, yang didaftarkan mengikut Akta ini, yang ke situ segala notis dan perhubungan hendaklah dihantar, dan hendaklah memaklumkan Ketua Pendaftar tentang tiap-tiap pertukaran alamat itu.

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah mem pamerkan nama berdaftar koperasi itu dengan ketara d alamat berdaftarnya dan di semua tempat perniagaannya.

Seksyen 13

$ ^{(\textcircled{1})} $ Tiap-tiap koperasi hendaklah menyediakan—

Open as pageSuggest a correction

(b)

suatu salinan undang-undang kecilnya dan akaun terauditnya yang terakhir; dan

Suggest a correction

(d)

-

(f)

...

yang terbuka untuk diperiksa oleh anggota-anggotanya sahaja, tanpa apa-apa bayaran, pada segala masa yang munasabah di alamat berdaftar koperasi itu.

Suggest a correction

Seksyen 14

$ ^{60} $ Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah menyerahkan kepada Ketua Pendaftar—

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu senarai anggota Lembaga tidak lewat daripada lima belas hari selepas mesyuarat agung tahunannya;

Suggest a correction

(b)

minit-minit segala mesyuarat agung dan mesyuarat Lembaga tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas tarikh mesyuarat-mesyuarat itu;

Suggest a correction

(c)

apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Ketua Pendaftar berkenaan dengan penubuhan, keanggotaan, pengendalian dan keadaan kewangan koperasi itu.

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa daftar atau senarai anggota yang disimpan oleh mana-mana koperasi berdaftar hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor keanggotaan dan pekerjaan seseorang anggota dan tarikh dia menjadi anggota dan terhenti menjadi anggota.

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada pegawai mana-mana koperasi berdaftar boleh, dalam apa-apa prosiding undang-undang yang koperasi berdaftar itu tidak menjadi satu pihak kepadanya, dipaksa supaya mengemukakan mana-mana buku koperasi berdaftar itu yang kandungannya boleh dibuktikan di bawah subseksyen (1), atau supaya hadir sebagai saksi untuk membuktikan apa-apa perkara, transaksi atau akaun yang direkodkan di dalamnya, melainkan jika diarahkan sedemikian oleh mahkamah atas sebab-sebab khas.

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Undang-undang kecil sesuatu koperasi berdaftar hendaklah, apabila didaftarkan, mengikat koperasi berdaftar itu dan anggota-anggotanya sehingga takat yang sama seolah-olah undang-undang kecil itu telah ditandatangani oleh setiap anggota dan mengandungi waad pada pihak setiap anggota bagi dirinya sendiri dan bagi penggantinya untuk mematuhi segala peruntukan undang-undang kecil itu.

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada pindaan undang-undang kecil sesuatu koperasi berdaftar boleh menjadi sah sehingga pindaan itu didaftarkan di bawah Akta ini, dan bagi maksud itu salinan-salinan pindaan itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar.

Suggest a correction

(3)

Jika Ketua Pendaftar berpuas hati bahawa apaapa pindaan undang-undang kecil itu tidaklah bertentangan dengan Akta ini atau peraturan-peraturan, dia-boleh mendaftarkan pindaan itu.

Suggest a correction

(4)

Sesuatu rayuan terhadap keengganan Ketua Pendaftar untuk mendaftarkan apa-apa pindaan manamana undang-undang kecil bolehlah dibuat kepada Menteri dalam masa tiga bulan dari tarikh keengganan itu.

Suggest a correction

(5)

Sesuatu pindaan yang mengubah nama sesuatu koperasi berdaftar tidaklah menyentuh apa-apa hak atau obligasi koperasi itu atau mana-mana anggotanya atau bekas anggotanya, dan apa-apa prosiding undangundang yang belum selesai bolehlah diteruskan oleh atau terhadap koperasi itu di bawah nama barunya.

Suggest a correction

(6)

Apabila Ketua Pendaftar mendaftarkan pindaan undang-undang kecil sesuatu koperasi berdaftar, dia hendaklah mengeluarkan, kepada koperasi itu, satu salinan pindaan itu yang diperakui olehnya, yang hendaklah menjadi keterangan konklusif tentang hakikat bahawa pindaan itu telah didaftarkan sewajarnya.

Suggest a correction

(7)

Dalam seksyen ini, "pindaan" termasuklah pembuatan sesuatu undang-undang kecil baru dan pengubahan atau penghapusan sesuatu undang-undang kecil.

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Tiada koperasi berdaftar boleh membentuk, mempunyai, memperoleh atau memegang subsidiari tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Ketua Pendaftar. 19A...

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(a)

bahawa tiap-tiap anggota sedemikian yang menghasilkan mana-mana artikel sedemikian hendaklah melupuskan kesemua atau apa-apa jumlah, kadar atau perihalannya yang ditentukan kepada atau melalui koperasi itu; dan

Suggest a correction

(b)

bahawa mana-mana anggota yang dibuktikan atau diputuskan, mengikut cara yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan, bersalah kerana melanggar undang-undang kecil atau kontrak itu hendaklah membayar, sebagai ganti rugi tunai, kepada koperasi itu suatu jumlah wang yang ditentukan atau ditaksirkan mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan.

Suggest a correction

(2)

Tiada kontrak yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah semata-mata atas alasan bahawa ia merupakan suatu kontrak yang menyekat perniagaan.

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa hutang atau apa-apa tuntutan belum terjelas yang kena dibayar kepada sesuatu koperasi berdaftar oleh mana-mana anggota atau bekas anggota hendaklah menjadi gadaian pertama atas segala tanaman atau hasil pertanian yang lain, ikan (air tawar dan air masin), kayu yang ditebang atau hasil hutan yang lain, hasil laut, ternakan, makanan ternakan, alat pertanian, perindustrian dan perikanan, loji, jentera, bot, takal dan jaring, bahan mentah, stok barang dan pada umumnya segala hasil buruh dan benda yang digunakan berkaitan dengan pengeluaran yang kesemuanya atau sebahagiannya diperdapatkan, dibeli atau dihasilkan daripada apa-apa pinjaman, sama ada dalam bentuk wang atau barang, yang diberikan kepadanya oleh koperasi itu;

Suggest a correction

(b)

apa-apa tuntutan atau bareh yang belum terjelas yang kena dibayar kepada sesuatu koperasi perumahan berdaftar oleh mana-mana anggota atau bekas anggota berkenaan dengan sewa, syer, pinjaman atau wang pembelian atau apa-apa hak atau amaun lain yang kena dibayar kepada koperasi itu hendaklah menjadi gadaian pertama atas kepentingannya mengenai harta tak alih koperasi itu.

Suggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam perenggan (1) (a) boleh menyentuh tuntutan mana-mana pembeli bona fide atau penerima pindahan bona fide tanpa notis.

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu koperasi berdaftar hendaklah mempunyai lien atas syer atau yuran atau kepentingan dalam modal dan deposit seseorang anggota atau bekas anggota atau anggota yang mati dan atas apa-apa dividen, potongan langganan, atau keuntungan yang kena dibayar kepada seseorang anggota atau bekas anggota atau kepada harta pusaka seseorang anggota yang mati berkenaan dengan apa-apa hutang yang kena dibayar kepada koperasi itu oleh anggota atau bekas anggota itu atau daripada harta pusaka itu, dan boleh menolak apa-apa jumlah wang yang dikreditkan atau kena dibayar kepada seseorang anggota atau bekas anggota atau harta pusaka seseorang anggota yang mati sebagai bayaran atau sebagai sebahagian daripada bayaran apa-apa hutang sedemikian.

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada seksyen 22, syer atau yuran atau kepentingan seseorang anggota dalam modal sesuatu koperasi berdaftar tidaklah boleh dikenakan penahanan atau penjualan di bawah apa-apa dekri atau perintah mahkamah berkenaan dengan apa-apa hutang atau liabiliti yang ditanggung oleh anggota itu, dan baik pemegang hartanya dalam ketaksolvenan mahupun penerima yang dilantik sewajarnya tidaklah berhak terhadap, atau mempunyai apa-apa tuntutan ke atas, syer atau yuran atau kepentingan itu.

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam hal anggota yang mati yang Muslim kepada wakil di sisi undang-undang bagi anggota yang mati itu atau kepada orang yang didapati oleh Lembaga ialah orang yang berhak mendapat syer atau kepentingan itu menurut apa-apa pembahagian yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pembahagian harta pusaka; atau

Suggest a correction

(b)

dalam hal anggota yang mati yang bukan Muslim, kepada orang yang dinamakan mengikut peraturan-peraturan bagi maksud itu atau, jika tiada orang yang dinamakan sedemikian, kepada orang yang didapati oleh Lembaga ialah waris atau wakil di sisi undang-undang bagi anggota yang mati itu, dan boleh membayar kepada wakil di sisi undang-undang, penama, waris atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu jumlah wang yang merupakan nilai syer atau kepentingan anggota yang mati itu, sebagaimana yang ditentukan mengikut peraturan-peraturan atau undang-undang kecilnya.

Suggest a correction

(2)

Jika anggota yang mati itu bukan Muslim, dan penama, waris atau wakil di sisi undang-undang itu tidak layak mengikut Akta ini, peraturan-peraturan atau undang-undang kecil untuk menjadi anggota, maka koperasi berdaftar itu boleh, atas permohonan penama, waris atau wakil di sisi undang-undang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa enam bulan dari kematian anggota itu, memindahkan syer atau kepentingan anggota itu kepada mana-mana orang yang dinyatakan dalam permohonan itu yang layak menjadi anggota.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), jika enam bulan sudah berlalu sejak kematian anggota yang Muslim dan koperasi berdaftar yang berkenaan tidak dapat menentukan siapakah wakil di sisi undang-undang bagi anggota itu atau tiada wakil di sisi undang-undang telah dilantik atau harta pusaka anggota itu belum dibahagikan atau harta pusaka anggota itu telah dibahagikan tetapi koperasi berdaftar itu tidak dapat menentukan siapakah orang yang berhak mendapat syer atau kepentingan itu menurut pembahagian itu, maka koperasi berdaftar itu boleh membayar kepada Pegawai Pentadbir Pusaka sejumlah wang yang merupakan nilai syer atau kepentingan anggota itu sebagaimana yang ditentukan mengikut peraturan-peraturan atau undang-undang kecilnya.

Suggest a correction

(4)

Sesuatu koperasi berdaftar boleh membayar segala wang lain yang kena dibayar kepada seseorang anggota yang mati oleh koperasi berdaftar itu kepada wakil di sisi undang-undang, Pegawai Pentadbir Pusaka, penama, waris atau orang, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebutkan dalam subseksyen (1) dan (3).

Koperasi

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa deposit yang dibuat oleh atau bagi faedah orang belum dewasa itu boleh, berserta dengan bonus, dibayar kepada orang belum dewasa itu atau kepada penjaga orang belum dewasa itu bagi kegunaan orang belum dewasa itu.

kmnk-kmnk

Suggest a correction

(3)

Penerimaan mana-mana orang belum dewasa atau penjaga akan wang yang dibayar kepadanya oleh sesuatu koperasi berdaftar di bawah seksyen ini hendaklah menjadi pelepasan yang mencukupi bagi liabiliti koperasi berdaftar itu berkenaan dengan wang itu.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

HAK-HAK DAN LIABILITI-LIABILITI ANGGOTA-ANGGOTA

Seksyen 26

Untuk layak menjadi anggota dalam sesuatu koperasi asas, seseorang mestilah—

Open as pageSuggest a correction

(b)

telah mencapai umur lapan belas tahun atau dalam hal sesuatu koperasi sekolah, telah mencapai umur dua belas tahun; dan

Suggest a correction

(c)

bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi asas itu atau, dalam hal koperasi sekolah, menjadi penuntut berdaftar sekolah itu.

Suggest a correction

Seksyen 27

Tiada seorang pun layak masuk menjadi anggota sesuatu koperasi berdaftar jika—

Open as pageSuggest a correction

(b)

dia ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan;

Suggest a correction

(c)

dia ialah seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar;

Suggest a correction

(d)

dia telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Tiada anggota sesuatu koperasi berdaftar boleh menggunakan hak-hak sebagai anggota melainkan jika dan sehingga dia telah membuat apa-apa bayaran kepada koperasi berdaftar itu berkenaan dengan keanggotaannya atau telah memperoleh apa-apa kepentingan dalam koperasi berdaftar itu sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan atau melalui undang-undang kecil koperasi itu.

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh menjadi anggota lebih daripada satu koperasi berdaftar yang matlamat utamanya ialah untuk memberikan pinjaman kepada anggota-anggotanya.

Seksyen 30

Du.AA1097

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), anggota sesuatu koperasi menengah atau atasan boleh mempunyai kuasakuasa mengundi yang diperuntukkan oleh undangundang kecil koperasi menengah atau atasan itu.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada seksyen 31 dan 36, tiada anggota boleh mengundi melalui seorang anggota lain dan tiada perwakilan boleh mengundi melalui perwakilan lain.

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

Anggota sesuatu koperasi menengah atau atasan boleh melantik mana-mana perwakilannya, yang mestilah anggota Lembaganya, sebagai proksinya bagi maksud mengundi dalam penjalanan hal-ehwal koperasi menengah atau atasan itu.

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

Perihal belum dewasanya mana-mana orang yang diterima masuk sewajarnya sebagai anggota mana-mana koperasi berdaftar tidaklah menghalang orang itu daripada menyempurnakan apa-apa suratcara atau memberikan apa-apa penjelasan yang perlu disempurnakan atau diberikan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan dan tidaklah menjadi alasan bagi mentaksahkan atau mengelakkan apa-apa kontrak yang dibuat oleh mana-mana orang sedemikian dengan koperasi itu; dan mana-mana kontrak sedemikian yang dibuat oleh mana-mana orang sedemikian dengan koperasi itu, sama ada sebagai prinsipal atau penjamin, hendaklah boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang atau terhadap orang itu walaupun dia belum dewasa.

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

Tiada anggota, selain daripada suatu koperasi berdaftar, boleh memegang lebih daripada satu perlima modal syer mana-mana koperasi berdaftar.

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

Pemindahan atau gadaian syer atau yuran atau kepentingan seseorang anggota atau bekas anggota atau anggota yang mati dalam modal sesuatu koperasi berdaftar hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat tentang pemegangan maksimum sebagaimana yang ditetapkan melalui atau di bawah Akta ini.

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(2)

Harta pusaka seseorang anggota sesuatu koperasi berdaftar yang mati tidaklah bertanggungan bagi hutanghutang koperasi berdaftar itu, sebagaimana yang ada pada tarikh dia mati, melebihi tempoh dua tahun dikira dari tarikh dia mati.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI-KOPERASI BERDAFTAR

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan dan undang-undang kecil, kuasa tertinggi bagi sesuatu koperasi berdaftar hendaklah terletakhak pada mesyuarat agung anggota-anggotanya, yang padanya tiap-tiap anggota, sama ada dia sendiri atau melalui perwakilan atau, dalam hal koperasi menengah atau koperasi atasan, melalui proksi, mempunyai hak untuk hadir dan mengundi.

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap koperasi berdaftar yang kawasan operasinya meliputi satu Negeri, meliputi dua Negeri atau lebih atau meliputi seluruh Malaysia hendaklah membuat undang-undang kecil yang memperuntukkan bahawa pewakilan di mesyuarat agungnya hendaklah—

(a)

melalui perwakilan yang dipilih oleh anggota-anggota individu pada mesyuarat agung wilayah atau kawasan mereka; atau

Suggest a correction

(b)

melalui perwakilan koperasi-koperasi anggota, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(2)

Urusan dalam mesyuarat agung pertama itu hendaklah termasuk pemilihan pemegang-pemegang jawatan yang hendaklah berkhidmat sehingga mesyuarat agung tahunan yang pertama dan yang hendaklah layak dilantik semula.

Suggest a correction

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

$ ^{1 0} $ Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah mengadakan mesyuarat agung tahunan anggota atau perwakilannya tidak lewat daripada enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan.

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pendaftar atau mana-mana orang yang diberikuasa oleh Ketua Pendaftar boleh memanggil, pada bila-bila masa, suatu mesyuarat agung khas sesuatu koperasi berdaftar mengikut cara dan pada masa dan di tempat yang diarahkannya; dan boleh menentukan perkara-perkara yang hendaklah dibincangkan oleh mesyuarat itu; dan mesyuarat itu hendaklah mempunyai segala kuasa dan tertakluk kepada kaedah-kaedah yang sama seperti mesyuarat agung yang dipanggil mengikut Akta ini atau undang-undang kecil koperasi berdaftar itu.

Suggest a correction

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah memberi Ketua Pendaftar notis bertulis yang munasabah tentang segala mesyuarat agung yang dikehendaki supaya diadakan oleh koperasi itu dan hendaklah memberi Ketua Pendaftar maklumat berhubungan dengan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat-mesyuarat itu; dan Ketua Pendaftar atau mana-mana orang yang diberikuasa melalui perintah am atau khas secara bertulis oleh Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai hak untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sedemikian dan memberikan nasihat tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi Ketua Pendaftar atau orang yang diberikuasa itu tidaklah berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.

Seksyen 42

Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah mempunyai—

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu Lembaga, yang hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada lima belas orang anggota; dan

Suggest a correction

(b)

suatu Jawatankuasa Audit Dalaman, yang hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada enam orang anggota,

Suggest a correction

Seksyen 42A

Open as pageSuggest a correction

..

(a)

dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(2)

Tiada seorang pun layak dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar jika dia telah dilantik menjadi anggota Lembaga koperasi berdaftar itu dan tiada seorang pun layak dilantik menjadi anggota Lembaga sesuatu koperasi berdaftar jika dia telah dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Audit Dalaman koperasi berdaftar itu.

Suggest a correction

(3)

Dari tahun ketiga pendaftaran sesuatu koperasi tiada seorang pun boleh dilantik menjadi anggota Lembaga koperasi berdaftar itu melainkan jika dia telah menjadi anggota koperasi berdaftar itu selama tempoh minimum dua tahun.

Suggest a correction

(4)

Subseksyen (3) tidaklah terpakai bagi sesuatu koperasi berdaftar yang anggotanya berjumlah satu ratus orang atau kurang daripada itu dan bagi koperasi sekolah.

Suggest a correction

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

Lembaga sesuatu koperasi berdaftar hendaklah mewakili koperasi itu di hadapan segala pihak berkuasa awam yang kompeten dan dalam segala urusan dan transaksi dengan orang-orang ketiga, hendaklah mempunyai kuasa untuk memulakan atau membela guaman yang dibawa atas nama koperasi berdaftar itu dan, pada umumnya, hendaklah mengarahkan, menguruskan dan mengawasi urusan, wang dan harta koperasi berdaftar itu, dan hendaklah menjalankan segala kuasa yang perlu untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan yang sepenuhnya dan sepatutnya akan hal-ehwal koperasi itu, kecuali kuasa-kuasa yang dikhususkan untuk mesyuarat agung anggota atau perwakilan.

44A-44B...

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa atau dimulakan terhadap diri mana-mana anggota Lembaga atau pegawai sesuatu koperasi berdaftar berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau kenyataan yang dibuat bona fide menurut atau semasa melaksanakan atau dengan tujuan untuk melaksanakan Akta ini, peraturan-peraturan atau undang-undang kecil koperasi berdaftar itu.

Suggest a correction

(3)

Jika Lembaga sesuatu koperasi berdaftar telah melantik seseorang sebagai pengurus untuk men-tadbirkan dan menguruskan hal-ehwal koperasi berdaftar itu, perlantikan itu tidaklah mengecualikan anggota-anggota Lembaga daripada liabiliti dan tanggungjawab bagi arahan dan penjalanan yang sepatutnya akan hal-ehwal koperasi berdaftar itu.

Suggest a correction

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini, "elaun" ertinya saraan yang dibayar kepada seseorang anggota Lembaga sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang anggota Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar sebagai balasan kerana khidmat-khidmatnya yang diberikan kepada koperasi itu secara tetap.

Suggest a correction

(2)

Tiada anggota Lembaga sesuatu koperasi berdaftar yang dilantik untuk mewakili koperasi berdaftar itu dalam lembaga pengarah mana-mana subsidiarinya boleh menerima atau mengambil apa-apa saraan daripada subsidiari itu tanpa kelulusan terdahulu mesyuarat agung koperasi berdaftar itu.

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

(a)

Lembaga koperasi berdaftar itu hendaklah menggantung pegawai itu daripada menjadi pegawai koperasi berdaftar itu; dan

Suggest a correction

(b)

jika pegawai itu ialah juga pegawai Lembaga mana-mana koperasi berdaftar yang lain, Lembaga koperasi berdaftar yang satu lagi itu hendaklah menggantung pegawai itu daripada menjadi pegawai koperasi berdaftar yang satu lagi itu, dari masa dia mula-mula dipertuduh di mahkamah hingga selesai dengan muktamadnya prosiding terhadapnya, termasuk apa-apa prosiding selanjutnya dalam bentuk rayuan, dan dia hendaklah dengan itu berhenti menggunakan apa-apa hak atau melaksanakan apa-apa fungsi atau tugas berkenaan dengan jawatan itu dan dia tidak boleh menerima apa-apa saraan berkenaan dengan jawatan itu sepanjang tempoh penggantungan itu.

Suggest a correction

(2)

Jika seseorang pegawai yang telah digantung di bawah subseksyen (1) dibebaskan, selepas prosiding terhadapnya diputuskan dengan muktamad, dia hendaklah dibayar apa-apa saraan yang sepatutnya kena dibayar kepadanya dalam tempoh penggantungan itu jika tidak kerana peruntukan-peruntukan subseksyen (1).

Suggest a correction

Seksyen 48

Open as pageSuggest a correction

Jika pegawai sesuatu koperasi berdaftar disabitkan atas sesuatu kesalahan boleh daftar atau sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dan sabitan itu tidak diketepikan apabila selesai segala prosiding, termasuk apa-apa rayuan, pegawai itu hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya dari tarikh dia mula-mula dipertuduh atas kesalahan itu dan dia adalah terhalang daripada dilantik semula sebagai pegawai mana-mana koperasi berdaftar.

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

(a)

memastikan kuasa dan keesahan segala perbelanjaan;

Suggest a correction

(b)

memeriksa akaun-akaun koperasi berdaftar itu, atau melantik orang-orang yang kompeten untuk memeriksa akaun-akaun itu, pada lat-lat tempoh yang tetap yang, bagaimanapun, tidak boleh kurang daripada sekali dalam tiap-tiap tempoh tiga bulan; dan

Suggest a correction

(c)

memberitahu Lembaga apa-apa ketakselarasan yang berlaku dalam pengurusan koperasi berdaftar itu.

Suggest a correction

(2)

Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar hendaklah mengemukakan, dalam mesyuarat agung tahunan, laporan tentang pengurusan dan halehwal koperasi berdaftar itu, termasuklah apa-apa pelanggaran undang-undang kecil koperasi itu.

Suggest a correction

(3)

Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar hendaklah, pada setiap masa, mempunyai akses kepada segala buku, akaun dan dokumen koperasi berdaftar itu, dan mana-mana orang yang dikehendaki oleh Jawatankuasa Audit Dalaman itu supaya mengemukakan apa-apa maklumat atau buku-buku, akaun-akaun dan dokumen-dokumen sedemikian hendaklah mematuhi kehendak itu.

Suggest a correction

(4)

Segala kos dan perbelanjaan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar pada menjalankan tugas-tugas, fungsi-fungsi dan tanggungjawab-tanggungjawabnya hendaklah ditanggung oleh koperasi berdaftar itu.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

HARTA DAN WANG KOPERASI-KOPERASI BERDAFTAR

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

0 Wang sesuatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

(a)

fee masuk, yang tidaklah boleh dikembalikan kecuali dalam hal apabila sesuatu permohonan untuk menjadi anggota telah ditolak;

Suggest a correction

(b)

syer-syer yang dilanggani dan dibayar oleh anggota-anggota, yang daripadanya suatu bilangan minimum yang ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi berdaftar itu tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan tamat, tetapi syer yang dilanggani melebihi sumbangan minimum ini boleh dikeluarkan atau dipindahkan atau keduaduanya tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan dan kepada apa-apa had yang ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi berdaftar itu;

Suggest a correction

(c)

dalam hal koperasi-koperasi berdaftar yang matlamatnya ialah untuk menggalakkan jimat cermat di kalangan anggota-anggotanya dan untuk mewujudkan suatu sumber kredit bagi anggota-anggotanya, modal yuran;

Suggest a correction

(d)

simpanan khas daripada anggota-anggota yang hendaklah boleh dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam undang-undang kecil;

Suggest a correction

(e)

deposit atau pinjaman daripada anggota-anggota dan yang bukan anggota, tertakluk kepada sekatan-sekatan yang ditetapkan dalam Akta ini dan peraturan-peraturan dan dalam undang-undang kecil koperasi berdaftar itu;

(ea) ...

Suggest a correction

(g)

derma dan pemberian yang diberikan oleh orang-orang ketiga, kecuali bahawa derma daripada sumber asing, sama ada yang ditawarkan secara langsung atau selainnya, tidak boleh diterima oleh sesuatu koperasi berdaftar tanpa mendapat kelulusan Ketua Pendaftar terlebih dahulu.

Suggest a correction

Seksyen 51

Open as pageSuggest a correction

(c)

subsidiarinya atau subsidiari-subsidiarinya; atau

Suggest a correction

(d)

sesuatu koperasi berdaftar yang lain, dan pinjaman atau kemudahan kredit lain itu hendaklah tertakluk kepada—

(aa) peraturan-peraturan dan undang-undang kecil koperasi itu; dan

(bb) dalam hal subsidiari atau subsidiari subsidiarinya atau koperasi berdaftar yang lain, kelulusan Ketua Pendaftar juga.

Suggest a correction

(2)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi sesuatu koperasi berdaftar yang dibenarkan memberikan pinjaman atau kemudahan kredit lain mengikut peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang menguasai operasinya.

Suggest a correction

(3)

Menteri boleh, melalui perintah am atau khas, melarang atau menyekat pemberian pinjaman bersandarkan gadaian atau gadai janji harta tak alih oleh mana-mana koperasi berdaftar atau golongan koperasi berdaftar.

Suggest a correction

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu koperasi berdaftar hendaklah, setiap tahun, menentukan, pada mesyuarat agung, had maksimum keterhutangan berkenaan dengan pinjaman dan deposit yang sedia ada dan yang baru yang akan ditanggung dalam tahun yang akan datang.

Suggest a correction

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction
(1)

Tertakluk kepada seksyen 51 dan 52, transaksi transaksi sesuatu koperasi berdaftar dengan orang-orang selain daripada anggota-anggotanya hendaklah tertakluk kepada larangan-larangan dan sekatan-sekatan yang ditetapkan melalui undang-undang kecilnya.

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989;

Suggest a correction

(b)

mana-mana institusi kewangan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan;

Suggest a correction

(c)

mana-mana koperasi berdaftar yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar melalui pemberitahuan dalam Warta;

Suggest a correction

(d)

mana-mana bon atau sekuriti yang dikeluarkan di Malaysia dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia;

Suggest a correction

(e)

syer-syer baru, yang penerbitannya atau penjualannya telah diluluskan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983, dalam mana-mana syarikat berhad awam yang diperbadankan di Malaysia yang memang sudah tersenarai pada suatu bursa saham di Malaysia atau yang penyenaraiannya pada suatu bursa saham di Malaysia sudah diluluskan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983; atau

Suggest a correction

(f)

apa-apa pelaburan dan sekuriti lain yang pada masa ini dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi pelaburan wang amanah.

Suggest a correction

(2)

Tiada koperasi berdaftar boleh melaburkan wang berlebihannya dengan apa-apa cara lain, kecuali, dengan kelulusan Ketua Pendaftar, dalam—

(a)

syer atau sekuriti mana-mana koperasi berdaftar lain;

Suggest a correction

(b)

modal syer atau stok debentur boleh tukar atau boleh tebus mana-mana syarikat selain daripada yang dinyatakan dalam subseksyen (1);-atau-

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tiada koperasi berdaftar boleh melaburkan wangnya di bawah perenggan-perenggan (1)(e) dan (1)(f) dan subseksyen (2) melebihi had yang ditentukan oleh mesyuarat agungnya.

Suggest a correction

Seksyen 55

Open as pageSuggest a correction

(a)

penjualan tanah atau bangunan, atau keduaduanya, sebagai aset tetap; dan

Suggest a correction

(b)

penilaian semula tanah atau bangunan, atau kedua-duanya, sebagai aset tetap, dengan kelulusan Ketua Pendaftar.

Suggest a correction

(2)

Keuntungan modal yang disebutkan dalam perenggan (1)(a) boleh digunakan oleh koperasi berdaftar itu bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(d)

pewujudan suatu Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tiada koperasi berdaftar boleh menggunakan keuntungan modal yang disebutkan dalam perenggan (1)(a) bagi maksud menerbitkan syer bonus melainkan jika dan sehingga semua kerugian terkumpul dan semasanya, jika ada, telah dihapuskira sepenuhnya.

Suggest a correction

(4)

Keuntungan modal yang disebutkan dalam perenggan (1)(b) boleh digunakan oleh koperasi berdaftar itu untuk menerbitkan syer bonus kepada anggota-anggotanya dan syer bonus itu tidak boleh dikeluarkan tetapi boleh, dengan kelulusan Lembaga, dipindahkan kepada anggota lain koperasi berdaftar itu atau, dalam hal anggota yang mati selepas syer bonus itu dikeluarkan, dibayar daripada Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus koperasi berdaftar itu.

Suggest a correction

(5)

Syer bonus yang ditebus oleh sesuatu koperasi berdaftar boleh diterbitkan semula sebagai syer bonus kepada anggota-anggotanya mengikut peruntukan-peruntukan undang-undang kecilnya.

Suggest a correction

(6)

Suatu daftar syer bonus hendaklah disenggara oleh koperasi berdaftar itu.

Suggest a correction

(7)

Seksyen ini tidaklah terpakai bagi sesuatu koperasi berdaftar yang dikehendaki oleh peruntukanperuntukan mana-mana undang-undang bertulis lain

Koperasi yang menguasai operasinya supaya memperlakukan keuntungan modalnya mengikut cara yang diperuntukkan dalam undang-undang itu.

Suggest a correction

Seksyen 56

Open as pageSuggest a correction

Untung bersih teraudit sesuatu koperasi berdaftar bagi setiap tahun kewangan hendaklah ditentukan selepas ditolak belanja pengendalian, peruntukan bagi hutang lapuk dan hutang ragu, susut nilai aset dan penghausan nilai pelaburan.

Seksyen 57

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (7), tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah, daripada untung bersih terauditnya bagi tahun kewangan yang sebelumnya, membayar apa-apa jumlah wang yang ditentukan oleh Menteri kepada—

(b)

mana-mana koperasi menengah atau atasan yang telah diisytiharkan oleh Menteri sebagai badan yang mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, atau kepada kedua-duanya, atau kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi yang ditubuhkan di bawah peraturan-peraturan bagi memajukan prinsipprinsip koperasi.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tiada koperasi menengah atau atasan boleh diisytiharkan di bawah perenggan (2)(b) sebagai badan yang mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melainkan jika—

(a)

matlamat-matlamat koperasi itu termasuklah menggalakkan prinsip-prinsip koperasi dan memudahkan operasi koperasi-koperasi berdaftar; dan

Suggest a correction

(b)

undang-undang kecil koperasi itu membuat peruntukan bagi—

Suggest a correction

(i)

pergabungan segala koperasi berdaftar tanpa apa-apa sekatan atau pembayaran apa-apa fee kecuali fee masuk; dan

(ii)

perlantikan kepada Lembaganya, oleh Menteri, akan sekurang-kurangnya seorang wakil daripada kementerian Menteri itu, dan akan seorang wakil daripada Kementerian Kewangan.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Maka bolehlah ditolak daripada jumlah wang yang disebutkan dalam subseksyen (1) apa-apa jumlah wang yang dibayar menurut subseksyen (2).

Suggest a correction

(5)

Tertakluk kepada subseksyen (7), sesuatu koperasi berdaftar boleh, selepas bayaran-bayaran yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan (2), menggunakan untung bersih terauditnya bagi tahun kewangan yang sebelumnya bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

pembayaran potongan kerana langganan dan pulangan atas deposit;

Suggest a correction

(b)

pembayaran dividen, yang tidak boleh, bagaimanapun, melebihi kadar maksimum yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan, atas syer dan yuran anggota-anggota koperasi berdaftar itu;

Suggest a correction

(c)

pembayaran honorarium kepada anggota-anggota Lembaga koperasi berdaftar itu, yang tidak boleh, bagaimanapun, melebihi jumlah wang yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar;

Suggest a correction

(d)

pembayaran sejumlah wang yang tidak melebihi sepuluh peratus daripada untung bersih teraudit bagi apa-apa maksud khairat atau bagi apa-apa maksud lain.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Tiada potongan kerana langganan, pulangan atas deposit atau dividen atas syer dan yuran boleh dibayar kepada anggota-anggota sesuatu koperasi berdaftar dan tiada honorarium boleh dibayar kepada anggota-anggota Lembaga sesuatu koperasi berdaftar kecuali daripada untung bersih teraudit koperasi berdaftar itu.

Suggest a correction

(7)

Tiada koperasi berdaftar boleh menggunakan untung bersihnya bagi apa-apa maksud di bawah subseksyen (2) atau (5) melainkan jika dan sehingga semua kerugian terkumpulnya, jika ada, telah dihapus kira sepenuhnya.

Suggest a correction

(8)

Walau apa pun subseksyen (7), sesuatu koperasi berdaftar yang kerugian terkumpulnya telah tidak dihapus kira sepenuhnya boleh, dengan kelulusan Ketua Pendaftar, menggunakan untung bersih terauditnya bagi tahun kewangan sebelumnya untuk pembayaran dividen yang dalam mana-mana kes tidak boleh melebih lima peratus daripada untung bersih terauditnya itu.

Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

AKAUN DAN AUDIT

Seksyen 58

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah menyebabkan catatan-catatan yang sesuai dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod-rekod lain dengan seberapa segera yang mungkin tetapi tidak lewat daripada tiga puluh hari dari selesainya transaksi-transaksi yang berhubungan dengan catatan-catatan itu.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah menyebabkan disediakan, dengan seberapa segera yang mungkin tetapi tidak lewat daripada dua bulan selepas tamatnya setiap tahun kewangan, akaun perdagangan dan untung rugi dan kunci kira-kira berserta dengan apaapa dokumen lain yang dikehendaki bagi maksud pengauditan.

Suggest a correction

(4)

Rekod-rekod yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah disimpan di pejabat berdaftar koperasi berdaftar itu atau di mana-mana tempat lain yang difikirkan patut oleh Lembaga dan hendaklah terbuka pada setiap masa untuk diperiksa oleh Ketua Pendaftar dan oleh mana-mana orang yang diberikuasa olehnya secara am atau khas dengan bertulis.

Suggest a correction

(5)

Ketua Pendaftar boleh, dalam mana-mana kes tertentu, memerintahkan supaya rekod perakaunan dan rekod-rekod lain sesuatu koperasi berdaftar, termasuklah rekod perakaunan dan rekod-rekod lain subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dibuka untuk diperiksa oleh seseorang juruaudit yang diluluskan yang bertindak bagi pihak mana-mana anggota atau pegawai koperasi berdaftar itu, tetapi hanya apabila diberikan suatu akujanji secara bertulis kepada Ketua Pendaftar bahawa apa-apa maklumat yang diperolehi oleh juruaudit itu semasa pemeriksaannya tidak boleh didedahkan olehnya kecuali kepada anggota atau pegawai itu.

Suggest a correction

Seksyen 59

Open as pageSuggest a correction

(a)

akaun perdagangan dan untung rugi, penyata sumber sumber dan penggunaan wang bagi tempoh semenjak akaun yang sebelumnya, atau, dalam hal akaun yang pertama, semenjak pendaftaran koperasi itu atau subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, yang di-sediakan setakat tarikh yang tidak lebih daripada dua belas bulan sebelum tarikh mesyuarat agung itu;

Suggest a correction

(b)

kunci kira-kira setakat tarikh akaun itu disediakan;

Suggest a correction

(c)

laporan yang ditandatangani oleh atau bagi pihak Lembaga berkenaan dengan kedudukan hal-ehwal koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada dan

Suggest a correction

(d)

laporan juruaudit yang disebutkan dalam seksyen 63; -dan.

Suggest a correction

(e)

pandangan-pandangan Ketua Pendaftar yang disebutkan dalam subseksyen (2) tentang akaun-akaun dan kunci kira-kira koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari subsidiarinya, jika ada.

Suggest a correction

(2)

Akaun-akaun dan kunci kira-kira sesuatu koperasi berdaftar dan subsidiari atau subsidiari subsidiarinya, jika ada, yang teraudit dengan sewajarnya hendaklah dikemukakan kepada anggota-anggotanya tidak kurang daripada lima belas hari dan kepada Ketua Pendaftar tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum mesyuarat agung tahunan, dan Ketua Pendaftar boleh memberikan apa-apa pandangan sebagaimana yang difikirkannya patut mengenai akaun-akaun dan kunci kira-kira itu.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap laporan yang berhubungan dengan perenggan (1)(c) hendaklah menyatakan, dengan butirbutir yang sesuai—

Suggest a correction

(2A)

...

(a)

sama ada atau tidak keputusan-keputusan operasi koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dalam tempoh yang diliputi oleh akaun untung rugi itu telah, pada pendapat Lembaga, terjejas secara material oleh perkara-perkara yang abnormal sifatnya;

Suggest a correction

(b)

amaun, jika ada, yang telah dibayar, disytiharkan atau disyorkan supaya dibayar sebagai dividen;

Suggest a correction

(c)

sama ada atau tidak apa-apa hal keadaan telah berbangkit yang menjadikan pematuhan kaedah yang sedia ada bagi pentaksiran aset atau liabiliti koperasi berdaftar itu mengelirukan atau tak sesuai;

(ba) ...

Suggest a correction

(d)

sama ada apa-apa liabiliti kontingen yang belum ditunaikan telah diakujanji oleh koperasi berdaftar itu atau oleh mana-mana subsidiarinya dalam tempoh yang diliputi oleh akaun untung rugi itu dan, jika demikian, amaunnya dan sama ada atau tidak apa-apa liabiliti kontingen sedemikian telah menjadi boleh dikuatkuasakan atau mungkin akan menjadi boleh dikuatkuasakan dalam tempoh dua belas bulan yang berikutnya yang akan menjejaskan secara material keupayaan koperasi berdaftar itu untuk memenuhi obligasi-obligasinya jika dan apabila obligasi-obligasi itu kena dipenuhi;

Suggest a correction

(e)

selain daripada Akaun Rizab yang dikehendaki di bawah Akta ini, amaun, jika ada, yang dicadangkan dibawa kepada mana-mana kumpulan wang lain atau akaun rizab lain yang ditunjukkan secara nyata pada kunci kira-kira atau kepada mana-mana kumpulan wang lain atau akaun rizab lain yang akan ditunjukkan dengan nyata pada kunci kira-kira yang kemudiannya; dan-

Suggest a correction

(f)

jika Lembaga berpendapat bahawa jumlah aset semasa tidak akan sekurang-kurangnya menghasilkan nilai yang ditunjukkan baginya dalam akaun-akaun koperasi berdaftar itu, pendapatnya tentang amaun yang mungkin semunasabahnya diharapkan akan dihasilkan oleh aset semasa itu dalam perjalanan biasa perniagaan koperasi berdaftar itu/da

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Dalam subseksyen (3), ungkapan "perkara perkara yang abnormal sifatnya" termasuklah—

(a)

apa-apa perubahan dalam polisi perakaunan yang diterima-pakai sejak laporan yang sebelumnya;

Suggest a correction

(b)

apa-apa pemindahan kepada atau daripada rizab atau peruntukan;

Suggest a correction

(c)

apa-apa penghapusan kira hutang lapuk yang substansial amaunnya;

Suggest a correction

(d)

apa-apa perubahan dalam asas pentaksiran bagi kesemua atau mana-mana bahagian saham perdagangan atau kesemua atau mana-mana bahagian kerja yang sedang berjalan;

Suggest a correction

(e)

apa-apa butiran yang luar biasa jenisnya atau nilainya yang terdapat dalam akaun-akaun itu; dan

Suggest a correction

(f)

ketiadaan apa-apa butiran material yang biasanya dimasukkan ke dalam akaun-akaun itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Tiap-tiap akaun perdagangan dan untung rugi dan kunci kira-kira yang dibentangkan di hadapan sesuatu koperasi berdaftar dalam mesyuarat agung tahunan, termasuk akaun untung rugi yang disatukan dan kunci kira-kira yang disatukan, hendaklah memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan hal-ehwal koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada.

Suggest a correction

Seksyen 60

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pendaftar boleh, pada bila-bila masa, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan sesuatu koperasi berdaftar, mengaudit atau menyebabkan diaudit akaun-akaun mana-mana koperasi berdaftar.

Suggest a correction

Seksyen 61

Open as pageSuggest a correction

(b)

Ketua Pendaftar berpuas hati bahawa orang itu layak dan kompeten untuk diluluskan sedemikian.

Suggest a correction

(a)

orang itu memohon secara bertulis kepada Ketua Pendaftar supaya diluluskan sedemikian; dan

Suggest a correction

(2)

Tiada seorang pun boleh diluluskan untuk mengaudit dan tiada seorang pun boleh mengaudit akaun-akaun koperasi berdaftar yang sama bagi apa-apa tempoh berterusan yang melebihi enam tahun, tetapi orang sedemikian boleh diluluskan untuk mengaudit dan boleh meneruskan pengauditan akaun-akaun sesuatu koperasi berdaftar dua tahun selepas dia berhenti mengaudit akaun-akaun koperasi berdaftar itu.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud-maksud subseksyen (2), kelulusan bagi suatu tempoh yang lebih lanjut untuk seseorang juruaudit, selepas sahaja dia berhenti bertindak sebagai juruaudit koperasi berdaftar yang sama, hendaklah ditafsirkan sebagai menjadikan tempoh itu berterusan.

Suggest a correction

Seksyen 62

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh diluluskan untuk mengaudit akaun-akaun sesuatu koperasi berdaftar atau, jika dia sudahpun diluluskan sebagai juruaudit, boleh mengaudit akaun-akaun sesuatu koperasi berdaftar atau membuat apa-apa jua yang dikehendaki supaya dibuat oleh seseorang juruaudit di bawah Akta ini jika—

(a)

dia dengan apa-apa cara berhutang dengan koperasi berdaftar itu atau dengan mana-mana subsidiarinya bagi sejumlah wang yang melebihi sepuluh ribu ringgit;

Suggest a correction

(9a)

...

(b)

dia ialah pegawai koperasi berdaftar itu atau pekongsi pegawai itu dalam apa-apa perusahaan;

Suggest a correction

(c)

dia ialah pekerja koperasi berdaftar itu atau pekongsi pekerja itu dalam apa-apa perusahaan;

Suggest a correction

(d)

dia ialah pekerja seseorang pegawai koperasi berdaftar itu atau pekerja seseorang pekerja sedemikian; atau

Suggest a correction

(e)

dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, atau Akta Syarikat 1965 atau atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau ketakjujuran di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 63

Open as pageSuggest a correction

(2)

Juruaudit sesuatu koperasi berdaftar hendaklah mengaudit dan memberi laporan mengenai penyatapenyata kewangan yang dikemukakan oleh koperasiberdaftar itu selepas tutupnya tahun, kewangan itu.

Suggest a correction

(3)

Juruaudit sesuatu koperasi berdaftar hendaklah, berkenaan dengan akaun-akaun, rekod-rekod dan penyata-penyata yang disebutkan dalam subseksyen (1) dan (2), memberikan laporan—

(a)

sama ada penyata-penyata kewangan sedemikian memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang transaksi-transaksi kewangan dan kedudukan hal-ehwal koperasi itu; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan itu sebagaimana yang difikirkannya patut dilaporkan, dan hendaklah menyatakan dalam laporannya sama ada—

(aa) rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain yang sepatutnya telah disimpan; dan

(bb) penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang dan perolehan dan pelupusan aset-aset oleh koperasi berdaftar itu dalam tahun itu adalah mengikut Akta ini, peraturan-peraturan dan undang-undang kecil koperasi berdaftar itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Juruaudit sesuatu koperasi berdaftar boleh pada bila-bila masa lain melaporkan kepada Ketua Pendaftar dan koperasi berdaftar itu tentang apa-apa perkara yang berbangkit daripada perlakuan pengauditan itu.

Suggest a correction

(5)

Pengauditan akaun-akaun sesuatu koperasi berdaftar hendaklah termasuk suatu penelitian akan dan laporan mengenai hutang-hutang belum jelas, jika ada, dan penelitian akan dan laporan mengenai nilaian asetset dan liabiliti-liabiliti koperasi berdaftar itu.

Suggest a correction

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII

PEMERIKSAAN, SIASATAN, PEMBUBARAN DAN PERTIKAIAN

Seksyen 64

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pendaftar, atau mana-mana pegawai awam yang diberikuasa olehnya secara am atau khas dengan bertulis hendaklah mempunyai akses kepada segala buku, akaun, dokumen dan sekuriti sesuatu koperasi berdaftar dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dan hendaklah berhak memeriksa wang tunai dalam tangan; dan tiap-tiap pegawai (termasuk mana-mana bekas pegawai) koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, hendaklah memberikan apa-apa maklumat dan mengemukakan apa-apa buku, akaun, dokumen dan sekuriti berkenaan dengan transaksi-transaksi dan perjalanan koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari subsidiarinya, jika ada, sebagaimana yang dikehendaki oleh orang yang membuat pemeriksaan itu/;

provok ...

Seksyen 65

Open as pageSuggest a correction

Jika, dalam masa atau berikutan dengan sesuatu pemeriksaan di bawah seksyen 64, didapati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan telah dilakukan, maka Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberikuasa olehnya secara bertulis untuk membuat pemeriksaan itu boleh memasuki manamana premis yang dipunyai oleh atau dihuni oleh koperasi berdaftar itu dan boleh menyita dan menahan mana-mana buku, dokumen dan sekuriti koperasi berdaftar itu yang mungkin memberikan keterangan tentang sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan.

Seksyen 66

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud suatu siasatan di bawah subseksyen (1), Ketua Pendaftar atau orang yang diberikuasa yang disebutkan dalam subseksyen (1) boleh memanggil mana-mana orang yang dia ada sebab untuk percaya tahu tentang mana-mana hal-ehwal koperasi berdaftar itu dan boleh memeriksa orang itu dengan bersumpah dan boleh menghendaki mana-mana orang mengemukakan atau menyerahkan apa-apa buku, akaun dan dokumen dalam jagaannya yang dipunyai oleh koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, jika Ketua Pendaftar atau orang yang diberikuasa itu mempunyai sebab untuk percaya bahawa buku-buku, akaun-akaun dan dokumen itu boleh memberikan keterangan tentang sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap orang yang diberikuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah, setelah tamatnya siasatan di bawah subseksyen (1), melaporkan dapatannya kepada Ketua Pendaftar.

Suggest a correction

Seksyen 67

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu pemeriksaan dijalankan di bawah seksyen 64 atau sesuatu siasatan diadakan di bawah seksyen 66, Ketua Pendaftar boleh memberitahukan keputusan pemeriksaan itu atau siasatan itu kepada koperasi berdaftar itu dan boleh, melalui perintah secara bertulis, mengarahkan mana-mana pegawai koperasi berdaftar itu mengambil apa-apa tindakan yang ditentukan dalam perintah itu untuk membetulkan, dalam masa yang dinyatakan di dalam perintah itu, kecacatan-kecacatan, jika ada, yang didedahkan hasil pemeriksaan atau siasatan itu.

Seksyen 68

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada pemeriksaan boleh dibuat atau diarahkan di bawah subseksyen (1) atas permohonan seseorang pemiutang sesuatu koperasi berdaftar melainkan jika pemiutang itu—

(a)

memuaskan hati Ketua Pendaftar bahawa hutang itu ialah suatu jumlah wang yang telah genap masa pada masa itu dan dia telah menuntut pembayarannya tetapi telah tidak menerima pembayaran itu dalam masa yang munasabah; dan

Suggest a correction

(b)

mendepositkan dengan Ketua Pendaftar apaapa jumlah wang yang dikehendaki oleh Ketua Pendaftar sebagai cagaran bagi kos pemeriksaan itu.

Koperasi

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Ketua Pendaftar hendaklah memberitahukan keputusan pemeriksaan di bawah subseksyen (1) kepada pemiutang dan koperasi berdaftar itu.

Suggest a correction

Seksyen 69

Open as pageSuggest a correction

(a)

menggantung semua atau mana-mana aktiviti koperasi berdaftar itu, selama tempoh yang dinyatakan olehnya;

Suggest a correction

(b)

menggantung atau membubarkan Lembaga koperasi berdaftar itu; atau

Suggest a correction

(c)

membekukan akaun-akaun bank koperasi berdaftar itu untuk mengelakkan kerugian atau penyalahgunaan wang.

Suggest a correction

(2)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuatkuasa sebaik sahaja ia dibuat dan hendaklah, melainkan jika ia diketepikan di bawah subseksyen (7), sah selama tempoh yang dinyatakan di dalam perintah itu; dan tempoh itu boleh dilanjutkan dari semasa ke semasa tetapi jumlahnya tidak boleh melebihi empat tahun.

Suggest a correction

(3)

Walaupun rayuan telah diserahkan di bawah subseksyen (7), Ketua Pendaftar boleh melantik seseorang (termasuk sesuatu pertubuhan perbadanan, sama ada didaftarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain) sebagai pentadbir untuk menguruskan, tertakluk kepada pengawasan Ketua Pendaftar, hal-ehwal koperasi berdaftar itu; dan pentadbir yang sedemikian hendaklah menguruskan hal-ehwal koperasi berdaftar itu sehingga suatu Lembaga baru dipilih di bawah undang-undang kecil koperasi berdaftar itu atau, jika perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) kemudiannya diketepikan, sehingga perintah itu diketepikan sedemikian.

Suggest a correction

(4)

Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah mempunyai dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Lembaga koperasi berdaftar itu; dan berkenaan dengan pengurusan koperasi berdaftar itu peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah mempunyai kuatkuasa:

(a)

seseorang yang dilantik sedemikian hendaklah diberi apa-apa saraan yang difikirkan patut oleh Ketua Pendaftar;

Suggest a correction

(b)

apa-apa saraan yang diperuntukkan di bawah perenggan (a) dan segala perbelanjaan dan kos hendaklah kena dibayar daripada wang koperasi berdaftar itu; dan

Suggest a correction

(c)

seseorang yang dilantik sedemikian tidaklah bertanggungan kepada koperasi berdaftar itu atau mana-mana anggota koperasi berdaftar itu atau kepada mana-mana orang atas apa-apa perbuatan yang dilakukan olehnya dengan suci hati.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh kuasa Ketua Pendaftar untuk memerintahkan penggulungan sesuatu koperasi berdaftar.

Suggest a correction

(6)

Walau apa pun peruntukan-peruntukan yang terdahulu dalam seksyen ini, Ketua Pendaftar boleh dengan perintah memecat mana-mana pegawai koperasi berdaftar itu jika tindakan yang demikian adalah bagi kepentingan koperasi berdaftar itu, tetapi tiada seorang pun boleh dipecat sedemikian tanpa diberi peluang untuk didengar; dan apa-apa kekosongan yang wujud akibat pemecatan sedemikian hendaklah diisi mengikut cara yang diperuntukkan dalam undang-undang kecil koperasi itu.

Suggest a correction

(7)

Mana-mana orang yang terkilan dengan perintah Ketua Pendaftar yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau subseksyen (6) boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari pembuatan perintah itu, merayu kepada

Menteri, yang hendaklah mengesahkan atau mengetepikan perintah sedemikian dan keputusan Menteri adalah muktamad dan konklusif.

69A-690...

Suggest a correction

Seksyen 70

Open as pageSuggest a correction

Jika seseorang pegawai sesuatu koperasi berdaftar telah dipecat atas perintah Ketua Pendaftar di bawah peruntukan subseksyen 69(6), pegawai itu hendaklah selepas itu menjadi tidak layak untuk dilantik sebagai anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa koperasi berdaftar itu atau diambil kerja semula oleh koperasi berdaftar itu atau mana-mana koperasi berdaftar lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi tempoh lima tahun dari tarikh pemecatan sedemikian.

Seksyen 71

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana anggota sesuatu koperasi berdaftar boleh, dalam tempoh dua bulan dari tarikh sesuatu perintah di bawah subseksyen (1), merayu kepada Menteri terhadap perintah itu.

Suggest a correction

(3)

Jika tiada rayuan dikemukakan kepada Menteri terhadap sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) dalam tempoh dua bulan dari tarikh perintah itu, perintah itu hendaklah mula berkuatkuasa apabila tempoh itu tamat.

Suggest a correction

(4)

Jika suatu rayuan dikemukakan kepada Menteri terhadap perintah di bawah subseksyen (1) dalam masa dua bulan dari tarikh perintah itu, perintah itu tidak boleh berkuatkuasa melainkan jika dan sehingga ia disahkan oleh Menteri.

Suggest a correction

(5)

Jika Ketua Pendaftar membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) bagi pembatalan pendaftaran sesuatu koperasi berdaftar, dia boleh membuat apa-apa perintah lanjut yang difikirkannya patut bagi jagaan buku-buku dan dokumen-dokumen dan bagi perlindungan atau pelupusan aset aset koperasi berdaftar itu sehingga perintah yang membatalkan pendaftaran koperasi itu berkuatkuasa di bawah subseksyen (3) atau, jika rayuan dikemukakan di bawah subseksyen (4), sehingga perintah itu disahkan atau selainnya.

Suggest a correction

Seksyen 72

Open as pageSuggest a correction

(6)

Tiada koperasi berdaftar boleh digulung kecuali dengan perintah Ketua Pendaftar.

Suggest a correction

(2)

Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mula berkuatkuasa dari tarikh perintah itu.

Suggest a correction

Seksyen 73

Open as pageSuggest a correction

Jika pendaftaran sesuatu koperasi berdaftar dibatalkan oleh suatu perintah di bawah seksyen 71 atau di bawah seksyen 72, koperasi itu hendaklah terhenti wujud sebagai pertubuhan perbadanan dari tarikh perintah itu mula berkuatkuasa.

Seksyen 74

Open as pageSuggest a correction

Jika pendaftaran sesuatu koperasi berdaftar dibatalkan di bawah seksyen 71,atau seksyen 72, Ketua Pendaftar boleh melantik seorang orang kompeten untuk menjadi pelikuidasi koperasi berdaftar itu.

Seksyen 75

Open as pageSuggest a correction

(a)

menentukan, dari semasa ke semasa, sumbangan-sumbangan yang hendaklah dibuat oleh anggota-anggota dan bekas anggota-anggota, atau oleh harta pusaka anggota-anggota yang mati, koperasi berdaftar itu kepada aset-asetnya;

Suggest a correction

(b)

menetapkan, dengan notis, suatu hari yang sebelumnya pemiutang-pemiutang, yang tuntutan-tuntutan mereka belum lagi direkodkan dalam buku-buku koperasi berdaftar itu, hendaklah menyatakan tuntutan-tuntutan mereka bagi diambil kira supaya mereka tidak tersingkir daripada apa-apa pembahagian yang dibuat sebelum mereka membuktikan tuntutan-tuntutan itu;

Suggest a correction

(c)

memutuskan apa-apa persoalan tentang susunan keutamaan yang berbangkit di antara orang-orang yang menuntut dan menyediakan suatu skim bagi pembayaran apa yang sepatutnya diterima oleh mereka;

Suggest a correction

(d)

memulakan dan membela guaman-guaman dan prosiding-prosiding undang-undang lain oleh dan bagi pihak sesuatu koperasi berdaftar atas namanya atau jawatannya dan hadir sendiri di mahkamah sebagai litigan bagi pihak koperasi itu;

Suggest a correction

(e)

memberi mana-mana orang kuasa untuk membuat pemungutan dan memberikan resitresit sah bagi pihaknya;

Suggest a correction

(f)

memutuskan siapakah yang akan menanggung dan pada kadar apakah akan ditanggungnya kos-kos pelikuidasian;

Suggest a correction

(g)

memberikan apa-apa arahan berkenaan dengan pemungutan dan pembahagian aset-aset koperasi berdaftar itu dan pelupusan buku-buku dan dokumen-dokumen koperasi itu sebagaimana yang perlu semasa menggulung koperasi itu;

Suggest a correction

(h)

berkompromi tentang apa-apa tuntutan oleh atau terhadap koperasi berdaftar itu dengan syarat sanksi Ketua Pendaftar telah diperolehi terlebih dahulu;

Suggest a correction

(i)

memanggil apa-apa mesyuarat agung anggota atau perwakilan sebagaimana yang perlu bagi perjalanan sepatutnya pelikuidasian itu;

Suggest a correction

(j)

mengambil milik buku-buku, dokumen-dokumen dan aset-aset koperasi berdaftar itu;

Suggest a correction

(k)

menjual, memindahhak, memindah, menyerahhak, menukar, menyerahbalik dan memulangkan, memajak, menggadai-janji, menggadai, mendapatkan balik, menyerahhak semula atau selainnya mengurus, kesemua atau mana-mana bahagian harta koperasi berdaftar itu, dan mengurus hasil-hasilnya mengikut apa-apa cara untuk faedah, atau bagi kepentingan, koperasi berdaftar itu atau anggota-anggota, pendeposit-pendeposit, pemiutang-pemiutang atau pelanggan-pelanggan, atau orang-orang yang mempunyai apa-apa urusan atau transaksi yang sah dengan koperasi berdaftar itu;

Suggest a correction

(1)

membuat apa-apa perkiraan, perjanjian, atau skim, dengan mana-mana orang di mana kesemua atau mana-mana bahagian harta koperasi berdaftar itu dijual, dipindahhak, dipindah, diserahhak, ditukar, diserahbalik dan dipulangkan, dipajak, digadai-janji, digadai, diserahhak semula, atau selainnya dilupus, kepada mana-mana orang sebagai balasan untuk orang tersebut bersetuju untuk menjelaskan kesemua, atau suatu bahagian yang dinyatakan, liabiliti-liabiliti koperasi berdaftar itu termasuk liabiliti-liabiliti deposit koperasi berdaftar itu;

(m)

membuat apa-apa perkiraan, perjanjian, komposisi, kompromi, atau skim, dengan mana-mana pendeposit, pemiutang, pelanggan, atau orang yang mempunyai apa-apa urusan atau transaksi yang sah dengan koperasi berdaftar itu di mana apa-apa hak mana-mana orang tersebut, atau apa-apa liabiliti koperasi berdaftar itu kepada mana-mana orang tersebut, dijadikan tertakluk kepada perkiraan, perjanjian, komposisi, kompromi atau skim yang dibuat oleh pelikuidasi itu;

Suggest a correction

(n)

mengambil kerja mana-mana orang sebagai pekerja koperasi berdaftar itu, atau menamatkan pekerjaan mana-mana pekerja koperasi berdaftar itu, mengikut terma-terma kontrak perkhidmatan atau mengambil apa-apa tindakan termasuk tindakan tatatertib dan hukuman, sebagaimana yang didapatinya perlu, sesuai atau suai-manfaat berkenaan dengan pengambilan kerja atau penamatan kerja itu;

Suggest a correction

(o)

menjalankan perniagaan koperasi berdaftar itu setakat yang perlu bagi menggulungnya dengan lebih bermanfaat; dan

Suggest a correction

(p)

mengaturkan pembahagian aset-aset koperasi berdaftar itu mengikut cara yang memudahkan apabila sesuatu skim pembahagian telah diluluskan oleh Ketua Pendaftar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Walau apa pun perenggan (1)(o), pelikuidasi sesuatu koperasi kredit tidak berhak memberikan apaapa pinjaman.

Suggest a correction

(3)

Seseorang pelikuidasi boleh merujukkan apa-apa pertikaian kepada Ketua Pendaftar, dan berhubungan dengan pertikaian sedemikian seksyen 82 hendaklah terpakai seolah-olah pertikaian itu ialah suatu pertikaian yang menyentuh perniagaan sesuatu koperasi berdaftar.

Suggest a correction

(4)

Seseorang pelikuidasi hendaklah mendepositkan wang dan aset lain sesuatu koperasi yang dibubarkan iaitu yang dipungut olehnya atau yang masuk ke dalam miliknya sebagai pelikuidasi, mengikut cara dan di tempat yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(5)

Seseorang pelikuidasi hendaklah, tiap-tiap tiga bulan atau pada lat-lat tempoh yang kurang daripada itu sebagaimana yang diperintahkan oleh Ketua Pendaftar, mengemukakan kepada Ketua Pendaftar, suatu laporan yang menyatakan kemajuan yang dicapai dalam menggulung hal-ehwal koperasi itu, dan hendaklah, apabila selesai prosiding pelikuidasian itu, mengemukakan suatu laporan muktamad dan menyerahkan kepada Ketua Pendaftar segala buku, daftar dan akaun kepunyaan koperasi itu dan segala buku dan akaun yang disimpan olehnya yang berhubungan dengan prosiding itu.

Suggest a correction

(6)

Mana-mana pelikuidasi yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah, setakat yang kuasa-kuasa itu adalah perlu bagi melaksanakan maksud-maksud seksyen ini, mempunyai kuasa untuk memanggil dan memaksa kehadiran pihak-pihak dan saksi-saksi dan untuk memaksa pengemukaan dokumen-dokumen dengan cara yang sama dan (setakat yang boleh) mengikut cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam hal Mahkamah Sesyen.

Suggest a correction

(7)

Jika Ketua Pendaftar telah, menurut subseksyen (4), menentukan bahawa wang sesuatu koperasi yang dibubarkan hendaklah diremitkan kepadanya, wang itu hendaklah dipegang olehnya dalam suatu Akaun Amanah yang hendaklah dikenali sebagai Akaun Pelikuidasian Koperasi sementara menanti pembahagiannya kepada benefisiari-benefisiari mengikut suatu skim yang memerlukan kelulusannya.

Suggest a correction

(8)

Wang yang dipegang dalam Akaun Pelikuidasian Koperasi boleh didepositkan atau dilaburkan mengikut Akta Pemegang Amanah 1949 dan pendapatan bersih daripada deposit atau pelaburan sedemikian hendaklah dikreditkan kepada Kumpulan Wang Pusat Koperasi yang hendaklah dipegang dan ditadbirkan oleh Ketua Pendaftar mengikut peraturan-peraturan.

Suggest a correction

Seksyen 76

Ketua Pendaftar boleh, berkenaan dengan koperasi yang disebutkan dalam seksyen 74—

Open as pageSuggest a correction

(a)

menghapuskan atau mengubah apa-apa perintah yang dibuat oleh seseorang pelikuidasi dan membuat apa-apa jua perintah baru yang diperlukan;

Suggest a correction

(b)

memecat seseorang pelikuidasi daripada jawatan;

Suggest a correction

(c)

meminta segala buku, dokumen dan aset koperasi itu;

Suggest a correction

(d)

dengan perintah secara bertulis menghadkan kuasa-kuasa seseorang pelikuidasi di bawah seksyen 75;

Suggest a correction

(e)

menghendaki supaya akaun diberikan kepadanya oleh pelikuidasi;

Suggest a correction

(f)

mendapatkan pengauditan akaun pelikuidasi dan memberikuasa pembahagian aset-aset koperasi itu; dan

Suggest a correction

(g)

membuat perintah bagi saraan pelikuidasi itu, dan saraan itu hendaklah dimasukkan ke dalam kos pelikuidasian dan hendaklah kena dibayar daripada aset-aset dengan diberikan keutamaan daripada segala tuntutan lain.

Suggest a correction

Seksyen 77

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu perintah yang dibuat oleh pelikuidasi atau oleh Ketua Pendaftar di bawah seksyen 75 atau 76 hendaklah dikuatkuasakan oleh mana-mana Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa bagi tempat terletaknya pejabat berdaftar koperasi itu mengikut cara yang sama sebagaimana penghakiman Mahkamah itu.

Seksyen 78

Open as pageSuggest a correction

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam seksyen 77, tiada mahkamah civil boleh mempunyai apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan pembubaran sesuatu koperasi berdaftar di bawah Akta ini, dan tiada rayuan boleh dibuat kepada mana-mana mahkamah sivil terhadap apa-apa perintah pelikuidasi.

Seksyen 79

Open as pageSuggest a correction

(2)

Keutamaan pembayaran hutang-hutang tak bercagar sesuatu koperasi dalam pelikuidasian sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah bertaraf menurut susunan berikut:

(a)

pertamanya, kos pelikuidasian, termasuk saraan pelikuidasi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 76(g);

Suggest a correction

(b)

keduanya, segala amaun yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia bagi pinjaman atau pendahuluan tak bercagar dan segala amaun yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;

Suggest a correction

(c)

ketiganya, segala liabiliti deposit koperasi itu;

Suggest a correction

(d)

keempatnya, segala upah atau gaji (sama ada atau tidak diperolehi sepenuhnya atau sebahagiannya melalui komisyen) termasuk apa-apa amaun yang kena dibayar sebagai elaun atau pembayaran gaṭti di bawah apa-apa kontrak pekerjaan atau award atau perjanjian yang menentukan syarat-syarat kerja manamana pekerja koperasi itu, tetapi tidak termasuk apa-apa faedah penamatan atau persaraan yang kena dibayar atas pemberhentian pekerjaan atas apa-apa sebab;

Suggest a correction

(e)

kelimanya, segala amaun yang kena dibayar berkenaan dengan pampasan pekerja di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pampasan pekerja berhubungan dengan kecederaan fizikal kepada seseorang pekerja yang diambil kerja oleh koperasi itu;

Suggest a correction

(f)

keenamnya, segala wang yang. kena dibayar kepada mana-mana orang, sama ada berkenaan dengan saraan atau pampasan, berhubungan dengan kematian mana-mana pekerja koperasi itu;

Suggest a correction

(g)

ketujuhnya, segala bayaran yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa awam di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai cukai atau selainnya;

Suggest a correction

(h)

kelapannya, segala hutang lain koperasi itu yang kena dibayar kepada mana-mana pemiutang tak bercagar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika pelikuidasian sesuatu koperasi telah selesai dan mana-mana orang tidak menuntut atau menerima apa yang sepatutnya diterimanya di bawah skim pembahagian, notis tentang selesainya pelikuidasian itu hendaklah disiarkan dalam Warta, dan segala tuntutan terhadap wang koperasi berdaftar yang dilikuidasikan itu hendaklah terhalang apabila luput tempoh dua tahun dari tarikh penyiaran notis itu dalam Warta.

Suggest a correction

(4)

Apa-apa baki wang yang tinggal selepas tamat tempoh dua tahun yang disebutkan dalam subseksyen (3) hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Pusat Koperasi.

Suggest a correction

Seksyen 80

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah dikuatkuasakan oleh Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa bagi tempat terletaknya pejabat berdaftar koperasi itu mengikut cara yang sama sebagaimana sesuatu penghakiman Mahkamah itu.

Suggest a correction

(3)

Seksyen ini hendaklah terpakai walaupun perbuatan yang disebutkan dalam subseksyen (1) itu ialah perbuatan yang baginya pesalah itu mungkin bertanggungjawab secara jenayah.

Suggest a correction

Seksyen 81

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa perintah Ketua Pendaftar yang dibuat di bawah seksyen 80 boleh merayu kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh perintah itu dan keputusan Menteri adalah muktamad dan konklusif.

Seksyen 82

Open as pageSuggest a correction

(a)

di kalangan anggota-anggota, bekas anggota-anggota dan orang-orang yang menuntut melalui anggota-anggota, bekas anggota-anggota dan anggota-anggota yang mati;

Suggest a correction

(b)

di antara seseorang anggota, bekas anggota, atau orang yang menuntut melalui seseorang anggota, bekas anggota atau anggota yang mati dengan koperasi itu, Lembaganya, atau manamana pegawai koperasi itu;

Suggest a correction

(c)

di antara koperasi itu atau Lembaganya dengan mana-mana pegawai koperasi itu; atau

Suggest a correction

(d)

di antara koperasi itu dengan mana-mana koperasi berdaftar lain, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Ketua Pendaftar bagi keputusannya.

Suggest a correction

(2)

Sesuatu tuntutan oleh sesuatu koperasi berdaftar bagi apa-apa hutang atau tuntutan yang kena dibayar kepada koperasi itu oleh seseorang anggota, bekas anggota atau penama, waris atau wakil di sisi undangundang seseorang anggota yang mati, hendaklah disifatkan suatu pertikaian yang menyentuh perniagaan koperasi itu mengikut pengertian subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Ketua Pendaftar boleh, apabila diterimanya rujukan di bawah subseksyen (1)—

(b)

merujukkannya kepada seseorang penimbang tara atau penimbang-penimbang tara bagi dibereskan; -atau-

(ba)...

Suggest a correction

(c)

menghendaki pihak-pihak yang berkaitan merujukkan pertikaian itu kepada mahkamah.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Mana-mana pihak yang terkilan dengan award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara boleh merayu terhadap award itu kepada Ketua Pendaftar dalam masa dua bulan dari tarikh award itu dan mengikut cara yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

Suggest a correction

(5)

Keputusan Ketua Pendaftar adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah civil.

Suggest a correction

(6)

Award penimbang tara atau penimbangpenimbang tara di bawah subseksyen (3), jika tiada rayuan dikemukakan kepada Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (4) atau jika rayuan itu ditarik balik atau tidak diteruskan, adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah civil.

Suggest a correction

(7)

Keputusan Ketua Pendaftar atau award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara yang, menurut kuasa subseksyen (5) dan (6), adalah muktamad hendaklah dikuatkuasakan oleh Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa bagi tempat terletaknya pejabat berdaftar koperasi itu mengikut cara yang sama seolah-olah keputusan atau award itu ialah suatu penghakiman Mahkamah Sesyen itu.

Suggest a correction

(8)

Mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah tentang apa-apa pertikaian yang dirujukkan kepadanya di bawah perenggan (3)(c) boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut peruntukan-peruntukan kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai baginya.

Suggest a correction

Seksyen 83

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu tribunal yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mendengar dan menentukan apa-apa pertikaian mengikut pengertian subseksyen 82(1) dan 82(2) yang dirujukkan kepadanya di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(3)

Menteri boleh membuat apa-apa peraturan, yang tidak tak konsisten dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, sebagaimana yang perlu atau suai-manfaat bagi maksud membolehkan tribunal menjalankan fungsifungsinya, dan khususnya, tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pegawai-pegawai dan prosiding tribunal itu.

Suggest a correction

(4)

Setelah suatu tribunal ditubuhkan di bawah subseksyen (1), segala pertikaian mengikut pengertian subseksyen 82(1) dan 82(2)—

(b)

yang, sebelum penubuhan itu, telah dirujukkan kepada Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 82(1) tetapi yang berkenaan dengannya—

Suggest a correction

(i)

tiada langkah telah diambil atau tiada prosiding telah dimulakan oleh Ketua Pendaftar bagi pemberesannya di bawah perenggan 82(3)(a); atau

(ii)

tiada keputusan telah dibuat oleh Ketua Pendaftar untuk merujukkan pertikaian-pertikaian itu kepada seseorang penimbang tara atau penimbang-penimbang tara bagi pemberesan di bawah perenggan $ 8 2 ( 3 ) ( b ) $ atau untuk menghendaki pihak-pihak yang berkaitan merujukkan pertikaian itu kepada mahkamah di bawah perenggan $ 8 2 ( 3 ) ( c ) $

hendaklah dirujukkan kepada tribunal itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(a)

mengambil dan menerima segala keterangan, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana tribunal memikirkan perlu untuk mengambil atau memeriksa;

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Sesuatu tribunal yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh—

(b)

menghendaki keterangan mana-mana saksi dibuat atas sumpah atau ikrar (dan boleh bagi maksud-maksud itu mengendalikan apa-apa sumpah atau ikrar) atau melalui perakuan berkanun;

Suggest a correction

(c)

memanggil mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat tribunal untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang dalam miliknya dan memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya;

Suggest a correction

(d)

mendengar dan menentukan pertikaian yang dirujukkan kepadanya walaupun tanpa kehadiran mana-mana pihak kepada pertikaian itu yang kepadanya telah diserahkan suatu saman atau notis untuk hadir;

Suggest a correction

(e)

walau apa pun undang-undang bertulis berhubungan dengan keterangan, menerima apa-apa keterangan, sama ada bertulis atau lisan, yang mungkin tidak boleh diterima dalam prosiding civil atau jenayah; dan

Suggest a correction

(f)

menjalankan prosiding atau sebahagian daripadanya secara tertutup.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Award sesuatu tribunal hendaklah mengikat pihak-pihak dan hendaklah dikuatkuasakan oleh Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa bagi tempat terletaknya pejabat berdaftar koperasi itu mengikut cara yang sama seolah olah award itu ialah suatu penghakiman Mahkamah Seksyen itu.

Suggest a correction

(7)

Mana-mana pihak yang terkilan dengan award tribunal boleh merayu terhadap award itu kepada Mahkamah Tinggi mengikut peruntukan-peruntukan kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai baginya.

Suggest a correction

(8)

Walaupun suatu tribunal telah ditubuhkan di bawah subseksyen (1), Ketua Pendaftar yang di hadapannya terdapat pertikaian yang belum diselesaikan di bawah perenggan 82(3)(a) atau mana-mana penimbang tara atau penimbang-penimbang tara yang kepadanya suatu pertikaian telah dirujukkan di bawah perenggan 82(3)(b) hendaklah terus menguruskan pertikaian itu di bawah perenggan-perenggan tersebut, dan subseksyen 82(4), 82(6) dan 82(7) hendaklah terus terpakai bagi keputusan Ketua Pendaftar atau award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(9)

Subseksyen 82(3), 82(4), 82(5), 82(6), 82(7) dan 82(8) tidaklah terpakai bagi apa-apa pertikaian yang dirujukkan kepada tribunal di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(10)

Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai keputusan Ketua Pendaftar atau award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara hendaklah, berkenaan dengan pertikaian-pertikaian yang diputuskan oleh tribunal di bawah seksyen ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai award tribunal itu.

Suggest a correction

Seksyen 84

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi, sebagaimana yang diarahkan oleh Hakim Besar, boleh menimbangkan dan memutuskan apa-apa persoalan undang-undang yang dirujukkan kepada Mahkamah Tinggi itu di bawah subseksyen (1), dan pendapat yang diberikan tentang persoalan itu adalah muktamad dan konklusif.

Suggest a correction

Bahagian IX

BAHAGIAN IX

PELBAGAI

Seksyen 85

Sesuatu koperasi berdaftar boleh—

Open as pageSuggest a correction

(a)

bergabung dengan suatu koperasi berdaftar yang lain atau koperasi-koperasi berdaftar yang lain untuk membentuk satu koperasi tunggal;

Suggest a correction

(b)

memindahkan aset-aset dan liabiliti-liabilitinya kepada suatu koperasi berdaftar yang lain; atau

Suggest a correction

(c)

membahagikan dirinya menjadi dua koperasi atau lebih, mengikut peraturan-peraturan. 85A...

Suggest a correction

Seksyen 86

Open as pageSuggest a correction

(2)

Khususnya, tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

menetapkan borang-borang yang hendaklah digunakan dan syarat-syarat yang hendaklah dipatuhi dalam memohon supaya sesuatu koperasi didaftarkan dan prosedur dalam hal permohonan itu;

Suggest a correction

(b)

menetapkan syarat-syarat yang hendaklah dipatuhi oleh sesuatu koperasi berdaftar yang memohon bantuan kewangan daripada Kerajaan;

Suggest a correction

(c)

menetapkan perkara-perkara yang berkenaan dengannya sesuatu koperasi berdaftar boleh atau hendaklah membuat undang-undang kecil dan bagi prosedur yang hendaklah diikuti dalam membuat, meminda dan menghapuskan undang-undang kecil itu, dan syarat-syarat yang hendaklah dipenuhi sebelum pembuatan, pemindaan atau penghapusan sedemikian;

Suggest a correction

(d)

menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan perlantikan dan tempoh jawatan anggota-anggota Lembaga sesuatu koperasi berdaftar;

Suggest a correction

(e)

menetapkan cara bagaimana sesuatu aktiviti tertentu boleh dijalankan oleh sesuatu koperasi berdaftar;

Suggest a correction

(f)

menetapkan maksud-maksud yang baginya simpanan khas boleh digunakan;

Suggest a correction

(g)

menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan pergabungan dan pembahagian koperasi-koperasi berdaftar dan pemindahan aset-aset dan liabiliti-liabiliti koperasi-koperasi berdaftar, termasuk peletakhakan aset-aset dan liabiliti-liabiliti—

Suggest a correction

(i)

koperasi-koperasi yang bergabung pada koperasi gabungan itu;

(ii)

sesuatu koperasi berdaftar pada koperasi koperasi baru yang diwujudkan menurut sesuatu pembahagian;

Suggest a correction

(iii)

sesuatu koperasi berdaftar pada suatu koperasi berdaftar lain menurut sesuatu pemindahan, pendaftaran koperasi gabungan, koperasi-koperasi baru dan pemindahan itu, dan pembatalan pendaftaran, dalam hal pergabungan, koperasi-koperasi yang bergabung, dalam hal pembahagian, koperasi yang sedia ada, dan dalam hal pemindahan, koperasi yang membuat pemindahan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(h)

menetapkan maksud-maksud yang baginya wang dalam Akaun Rizab, selain daripada yang berbangkit daripada keuntungan modal, boleh digunakan;

Suggest a correction

(i)

menetapkan kadar maksimum dividen atas modal syer atau modal yuran yang boleh dibayar oleh koperasi-koperasi berdaftar;

Suggest a correction

(j)

menetapkan cara bagaimana Kumpulan Wang Pusat Koperasi dan Akaun Pelikuidasian Koperasi hendaklah dipegang, ditadbirkan dan digunakan;

Suggest a correction

(k)

tertakluk kepada perunlukan-peruntukan nyata dalam Akta ini, menentukan dalam kes-kes yang bagaimanakah rayuan boleh dibuat terhadap perintah Ketua Pendaftar dan menetapkan prosedur yang hendaklah diikuti dalam mengemukakan dan membereskan rayuan-rayuan sedemikian;

Suggest a correction
Suggest a correction

(1)

menetapkan kaedah melantik penimbang tara atau penimbang-penimbang tara dan prosedur yang hendaklah diikuti dalam prosiding di hadapan Ketua Pendaftar atau penimbang tara atau penimbang-penimbang tara sedemikian;

(m)

menetapkan prosedur yang hendaklah diikutioleh pelikuidasi yang dilantik di bawah seksyen 74 dan kes-kes yang mengenainya rayuan boleh dibuat terhadap perintah pelikuidasi sedemikian;

Suggest a correction

(n)

menetapkan borang-borang yang hendaklah digunakan, fee-fee yang hendaklah dibayar, prosedur yang hendaklah diikuti dan segala perkara lain yang berkaitan dengan atau bersampingan dengan pengemukaan, pendengaran dan pemberesan rayuan-rayuan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan;

Suggest a correction

(o)

membuat peruntukan bagi pemeriksaan dokumen-dokumen dan daftar-daftar di pejabat Ketua Pendaftar dan fee-fee yang hendaklah dibayar baginya dan bagi pengeluaran salinan dokumen-dokumen atau daftar-daftar sedemikian;

Suggest a correction

(p)

membuat peruntukan bagi penubuhan Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan ;

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan subseksyen (1) dan (2), Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan, boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu bagi maksud mengawal atau mengawalselia aktiviti-aktiviti, dan untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran yang lebih baik, koperasi-koperasi berdaftar yang menjalankan perniagaan pembaiyaan atau perniagaan insurans.

86A-86B...

Suggest a correction

Seksyen 87

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, apabila berpuas hati bahawa adalah wajar berbuat demikian demi kepentingan perkembangan koperasi-koperasi berdaftar pada amnya atau sesuatu koperasi berdaftar tertentu atau sesuatu golongan koperasi berdaftar tertentu, melalui perintah am atau khas, tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan olehnya, mengecualikan mana-mana koperasi berdaftar atau golongan koperasi berdaftar daripada mana-mana peruntukan Akta ini, atau mengarahkan bahawa peruntukan-peruntukan itu hendaklah terpakai bagi mana-mana koperasi berdaftar atau golongan koperasi berdaftar dari tarikh atau dengan apa-apa ubahsuaian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

Seksyen 88

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jumlah-jumlah wang yang kena dibayar oleh sesuatu koperasi berdaftar kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri dan boleh didapatkan di bawah subseksyen (1) boleh didapatkan—

(b)

keduanya, dalam hal koperasi-koperasi berdaftar yang liabiliti anggota-anggota adalah terhad, daripada anggota-anggota tertakluk kepada had liabiliti mereka; dan

Suggest a correction

(c)

ketiganya, dalam hal koperasi-koperasi lain daripada anggota-anggotanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 89

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar peruntukan peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Suggest a correction

Seksyen 90

Open as pageSuggest a correction

Peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa berhubungan dengan kesatuan sekerja, persatuan, pertubuhan dan syarikat tidaklah terpakai bagi koperasi koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini.

Seksyen 91

Open as pageSuggest a correction

(a)

sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau pekerja atau anggota koperasi itu abai atau enggan melakukan sesuatu perbuatan atau memberikan maklumat yang dikehendaki bagi maksud Akta ini oleh Menteri, Ketua Pendaftar atau seseorang yang diberikuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu oleh Menteri atau Ketua Pendaftar, mengikut manamana yang berkenaan;

Suggest a correction

(b)

sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau pekerja atau anggota koperasi itu membuat penyata palsu atau memberikan maklumat palsu;

Suggest a correction

(c)

seseorang, tanpa alasan yang munasabah mengingkari apa-apa saman atau rekuisisi atau apa-apa perintah bertulis yang sah yang dikeluarkan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini atau tidak memberikan maklumat yang dikehendaki dengan sah daripadanya oleh seseorang yang diberikuasa untuk berbuat demikian di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini;

Suggest a correction

(d)

sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau pekerja atau anggota koperasi itu melakukan apa-apa perbuatan, yang memerlukan persetujuan atau kelulusan Ketua Pendaftar atau mesyuarat agung, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan atau kelulusan yang sedemikian;

Suggest a correction

(e)

sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau anggota Jawatankuasa Audit Dalaman atau pekerja atau anggota koperasi itu abai atau enggan melakukan sesuatu perbuatan atau benda yang dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini supaya dibuat;

Suggest a correction

(f)

seseorang anggota Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang juruaudit membuat laporan palsu di bawah subseksyen 49(2) atau seksyen 63, mengikut mana-mana yang berkenaan;

Suggest a correction

(g)

sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau pekerja atau anggota koperasi itu melakukan atau menyebabkan dilakukan sesuatu perbuatan atau benda yang dilarang oleh atau di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Tiap-tiap koperasi berdaftar atau pegawai, pekerja atau anggota sesuatu koperasi berdaftar, atau orang lain, yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda selanjutnya sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Suggest a correction

Seksyen 92

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pendaftar atau mana pegawai awam yang diberikuasa secara bertuli oleh Ketua Pendaftar boleh, dengan keizinan secara bertulis daripada Pendakwa Raya, di mana-mana mahkamah, mendakwa mana-mana kes berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.

Seksyen 93

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) bole dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan iti dilakukan tetapi sebelum pendakwaan baginy dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalan tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyataka dalam tawaran itu, atau apa-apa perlanjutan masa ityang diberikan oleh Ketua Pendaftar, pendakwaan bag kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila mas selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawara untuk mengkompaun itu dibuat.

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di baw subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimula selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terha orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat.

Suggest a correction

Bahagian X

BAHAGIAN X

PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN

Seksyen 94

Open as pageSuggest a correction

Dalam Bahagian ini, "undang-undang termansuh" ertinya undang-undang yang dimansuhkan di bawah seksyen 95.

Seksyen 95

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pertubuhan perbadanan yang diwujudkan di bawah seksyen 3A Akta Koperasi 1948 dengan nama "Ketua Pendaftar Koperasi, Malaysia" hendaklah terus wujud sebagai pertubuhan perbadanan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai pertubuhan perbadanan yang diwujudkan di bawah seksyen 3.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (4), mana-mana daftar yang disimpan atau disenggarakan atau manamana kumpulan wang yang dipegang dan ditadbirkan menurut undang-undang termansuh hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada daftar atau kumpulan wang yang bersamaan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Walau apa pun subseksyen (3)—

(a)

Kumpulan Wang Audit dan Penyeliaan yang ditubuhkan di bawah Kaedah-Kaedah Koperasi Sabah dan Kaedah-Kaedah Koperasi Sarawak hendaklah terus dipegang dan ditadbirkan oleh Pendaftar yang bertanggungjawab bagi koperasi-koperasi berdaftar di Negeri Sabah atau Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud yang diperuntukkan di bawah Ordinan Koperasi 1958 (Sabah) atau Ordinan Koperasi (Sarawak) yang termansuh, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali bahawa tiada sumbangan baru kepada Kumpulan Wang itu boleh dilevi; dan

Suggest a correction

(b)

wang yang didepositkan dengan sesuatu bank atau koperasi berdaftar oleh Pendaftar di bawah peruntukan-peruntukan subseksyen 46(3) Ordinan Koperasi 1958 (Sabah) atau Ordinan Koperasi (Sarawak) yang termansuh, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini, dipindahkan kepada Akaun Pelikuidasian Koperasi yang dipegang oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 75(7).

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi mengadakan peruntukan mengenai cara bagaimana Kumpulan Wang yang tersebut dalam perenggan (4)(a) akan dipegang dan ditadbirkan dan, apabila Kumpulan Wang itu menjadi terhaus, bagi pembubarannya dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Suggest a correction

Seksyen 96

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), koperasi yang didaftarkan atau disifatkan didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang termansuh hendaklah, tidak lewat daripada dua tahun selepas Akta ini mula berkuatkuasa, meminda undang-undang kecilnya untuk menjadikannya selaras dengan peruntukan-peruntukan Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Subseksyen (2) tidaklah terpakai bagi manamana undang-undang kecil yang dibuat di bawah manamana undang-undang termansuh yang di bawahnya orang-orang individu serta juga koperasi-koperasi berdaftar, atau yang di bawahnya koperasi-koperasi berdaftar yang berlainan jenis, boleh menjadi anggota

Koperasi koperasi itu atau yang memperuntukkan bahawa koperasi itu ialah koperasi dengan liabiliti tak terhad, jika undang-undang kecil itu tidak tak konsisten dengan peruntukan-peruntukan undang-undang termansuh yang di bawahnya undang-undang kecil itu dibuat.

JAOUAL

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA KOPERASI 1993?
AKTA KOPERASI 1993 is Malaysia Act, cited as Act 502 1993, currently marked in force and first recorded in 1993.
Is AKTA KOPERASI 1993 still in force?
Yes — AKTA KOPERASI 1993 is currently in force.
When did AKTA KOPERASI 1993 take effect?
AKTA KOPERASI 1993 was first recorded in 1993.
How many sections does AKTA KOPERASI 1993 have?
AKTA KOPERASI 1993 contains 99 sections.
What amends AKTA KOPERASI 1993?
AKTA KOPERASI 1993 has been amended by AKTA KOPERASI (PINDAAN) 2021.
Where can I read the official version of AKTA KOPERASI 1993?
The official text of AKTA KOPERASI 1993 is published at lom.agc.gov.my.