PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2007/666
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA 2007 is Malaysia Act, cited as Act 666 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
8
Undang-Undang Malaysia makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“biobahan api” ertinya apa-apa bahan api, sama ada pepejal, cecair atau bergas, yang dihasilkan daripada biojisim;
“biojisim” ertinya apa-apa pecahan terbiodegradasikan keluaran, buangan dan sisa daripada pertanian (termasuk bahan tanaman dan binatang), perhutanan dan industri yang berkaitan, dan juga pecahan terbiodegradasikan buangan industri dan perbandaran;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“laut” termasuklah perairan pedalaman;
“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 8;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi biobahan api;
“pegawai penguat kuasa” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 16;
“pemegang lesen” ertinya orang yang kepadanya lesen dikeluarkan di bawah seksyen 8;
“pengangkut” ertinya apa-apa kenderaan, vesel, kapal, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan yang lain sama ada melalui udara, laut atau darat;
“pihak berkuasa pelesenan” ertinya pihak berkuasa pelesenan yang disebut dalam seksyen 6.
Undang-undang yang mengatasi
Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain, peruntukan Akta ini hendaklah dipakai, setakat percanggahan atau ketidakselarasan itu.
Bahagian II
Aktiviti ditetapkan
Menteri boleh menetapkan—
jenis biobahan api yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan peratusannya mengikut isi padu untuk diadunkan dalam mana-mana bahan api; atau
apa-apa aktiviti yang baginya penggunaan biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain hendaklah dijadikan mandatori.
Kehendak bagi lesen
memulakan untuk membina apa-apa loji biobahan api atau loji pengadunan biobahan api;
mengadun apa-apa biobahan api dengan apa-apa bahan api atau biobahan api lain;
10
Undang-Undang Malaysia
mengeksport apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain;
mengimport apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain;
mengangkut apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain yang berkaitan dengan aktiviti huluan;
menyimpan apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain yang berkaitan dengan aktiviti huluan;
mengukur apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain; atau
menguji apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain, tanpa lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Bagi maksud subseksyen (1), “biobahan api” merujuk kepada biobahan api yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pihak berkuasa pelesenan
Orang yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Kedua
Industri Biobahan Api Malaysia 11
hendaklah menjadi pihak berkuasa pelesenan berkenaan dengan biobahan api yang terdapat dalam ruang kedua yang bersetentangan dengannya.
Permohonan bagi lesen
Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat yang ditetapkan.
Pihak berkuasa pelesenan boleh secara bertulis pada bila-bila masa selepas menerima permohonan dan sebelum permohonan itu diputuskan, menghendaki supaya pemohon memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam masa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa pelesenan.
Jika subseksyen (1), (2) atau (3) tidak dipatuhi, permohonan bagi lesen itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan permohonan baharu yang dibuat oleh pemohon.
Pengeluaran lesen
Jika permohonan bagi lesen diluluskan, lesen hendaklah dikeluarkan dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
Lesen boleh dikeluarkan tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan oleh pihak berkuasa pelesenan.
12
Undang-Undang Malaysia
Lesen hendaklah dipamerkan dan dikemukakan
Pemegang lesen yang gagal untuk mempamerkan atau mengemukakan lesennya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Pindah milik lesen
Pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pihak berkuasa pelesenan boleh meluluskan pemindahan hak milik lesen jika—
dalam hal sesuatu syarikat, pemegang lesen telah digulung atau seorang penerima atau pengurus telah dilantik berkenaan dengan perniagaan pemegang lesen itu; atau
atas apa-apa sebab pihak berkuasa pelesenan berpuas hati bahawa tidaklah adil jika lesen itu tidak dipindahkan hak miliknya.
Industri Biobahan Api Malaysia 13
Suatu permohonan bagi pindah milik lesen hendaklah dibuat secara bertulis kepada pihak berkuasa pelesenan.
Serah hak lesen
Pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pembatalan atau penggantungan lesen
mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau bahawa mana-mana syarat lesen tidak dipatuhi;
pengeluaran lesen adalah disebabkan oleh representasi palsu fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen;
pemegang lesen telah berhenti menjalankan atau mengendalikan apa-apa aktiviti biobahan api yang baginya lesen itu dikeluarkan.
Walau apa pun subseksyen (1), pihak berkuasa pelesenan tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen atas alasan pelanggaran yang disebut dalam subseksyen (1) melainkan jika pihak berkuasa pelesenan berpuas hati, selepas memberikan pemegang lesen suatu peluang untuk membuat representasi secara bertulis yang dia berhasrat
14
Undang-Undang Malaysia untuk membuat, bahawa lesen itu patut dibatalkan atau digantung.
Jika sesuatu lesen telah dibatalkan atau digantung, lesen itu tidak lagi berkuat kuasa dari tarikh pembatalan atau semasa tempoh penggantungan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Rayuan
dengan pembatalan atau penggantungan lesennya, boleh, dalam tempoh tiga puluh hari setelah diberitahu secara bertulis mengenai keengganan, pembatalan atau penggantungan itu, merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Menteri.
Menteri boleh, setelah menimbangkan suatu rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang dirayukan, dan keputusan Menteri adalah muktamad.
Sesuatu rayuan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
Menteri boleh memberikan arahan am yang selaras dengan Akta ini kepada pihak berkuasa pelesenan.
Pihak berkuasa pelesenan hendaklah melaksanakan kesemua arahan yang diberikan di bawah seksyen ini dengan seberapa segera yang mungkin.
Industri Biobahan Api Malaysia 15
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan mengenai pelesenan
menetapkan cara memohon lesen di bawah Akta ini, fi yang dikehendaki dibayar baginya, syarat-syarat yang hendak dikenakan dan kuasa untuk mengehadkan bilangan lesen;
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
Bahagian III
PENYITAAN, PENANGKAPAN, DSB.
Pelantikan pegawai penguat kuasa
Menteri boleh secara bertulis melantik apa-apa bilangan pegawai penguat kuasa yang perlu bagi maksud Akta ini.
Kuasa penyiasatan
Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini.
16
Undang-Undang Malaysia
Kad kuasa
Bilamana pegawai penguat kuasa itu menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).
Kuasa penangkapan
yang didapati melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
yang dengan semunasabahnya disyaki oleh pegawai penguat kuasa sebagai terlibat dalam melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.
Penggeledahan dan penyitaan dengan waran
ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi penjalanan penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai penguat kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki premis itu jika perlu dengan kekerasan.
Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa untuk—
menggeledah premis itu dan menyita atau mengalihkan dari premis itu apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;
mengambil sampel apa-apa bahan api atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan ujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di premis itu.
Seseorang pegawai penguat kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya mana-mana orang dan kelengkapan lain yang didapatinya perlu.
Seseorang pegawai penguat kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu berbuat sedemikian,—
18
Undang-Undang Malaysia
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu untuk masuk ke dalam premis itu;
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; dan
menahan mana-mana orang yang ditemui di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.
Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk mengalihkan apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai penguat kuasa itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dalam premis itu atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
Seseorang yang, tanpa kuasa sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau memindahkan bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilak atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Bilamana seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan mungkin dijumpai di dalam atau pada mana-mana tempat, premis, orang, atau pengangkut dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran di bawah seksyen 20 matlamat penggeledahan mungkin terkecewa, dia
Industri Biobahan Api Malaysia 19
boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan kekerasan sebagaimana yang perlu—
menyita apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang mungkin dijumpai dan boleh menjadi keterangan tentang kesalahan itu.
Kuasa untuk memasuki premis
Walau apa pun seksyen 20 dan 21, seorang pegawai penguat kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis bagi maksud—
memeriksa apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;
mengesahkan ketepatan rekod atau pernyataan atau apa-apa maklumat yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa;
atau
Bagi maksud seksyen ini, akses hendaklah diberikan dengan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau
20
Undang-Undang Malaysia perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan data berkomputer difahami.
Penyitaan benda, dsb.
Tanpa menjejaskan subseksyen 20(2)
dan seksyen 21, apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang semunasabahnya disyaki oleh seorang pegawai penguat kuasa telah digunakan atau akan digunakan dalam pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh disita dan ditahan oleh pegawai penguat kuasa itu.
Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut
Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai penguat kuasa—
memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai penguat kuasa memeriksanya; dan
membuka semua bahagian pengangkut itu untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan itu
Industri Biobahan Api Malaysia 21
sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai penguat kuasa.
Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Senarai benda yang disita
Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada—
penghuni tempat atau premis tempat bahan api, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita itu dijumpai; dan
orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu jika penyitaan dibuat di bawah seksyen 25.
Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana tempat atau premis yang tidak didiami, pegawai penguat kuasa itu hendaklah bila-bila mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu supaya mudah dilihat di tempat atau premis itu.
Jika bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain disita selain di dalam atau dari mana-mana tempat atau premis, pegawai penguat kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan-alasan penyitaan itu kepada pemunya bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan,
22
Undang-Undang Malaysia buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita itu dengan menyerahkan suatu salinan notis itu kepada pemunya itu sendiri atau melalui pos ke tempat perniagaan atau kediamannya.
Notis di bawah subseksyen (4) tidak perlu diberikan jika penyitaan itu dibuat dalam kehadiran atau dengan pengetahuan pemunya.
Pemulangan sementara pengangkut, dsb.
Jika apa-apa pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan yang disita dipulangkan buat sementara di bawah subseksyen (1), seseorang yang—
tidak menyerahkan balik pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada mahkamah apabila diminta; atau
melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Industri Biobahan Api Malaysia 23
Penjualan dan pelupusan bahan api yang disita
penjagaan bahan api itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah;
terdapat kekurangan atau ketiadaan kemudahan yang mencukupi atau sesuai untuk menyimpan bahan api itu; atau
Walau apa pun subseksyen (1), jika juruanalisis yang dilantik di bawah seksyen 38 memperakui, atau jika keputusan ujian sebagaimana yang diperakui oleh juruanalisis membuktikan, bahawa bahan api yang diuji olehnya tercemar, pegawai penguat kuasa itu boleh menyimpannya dalam penjagaan atau, jika tiada pendakwaan dimulakan berkenaan dengan bahan api itu, menyebabkan supaya bahan api itu dilupuskan mengikut cara yang ditentukan oleh pegawai penguat kuasa.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes
Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai penguat kuasa itu boleh melaporkan
24
Undang-Undang Malaysia keengganannya itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.
Pemeriksaan orang yang mengetahui kes
Orang itu adalah terikat untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai penguat kuasa, tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkan orang itu kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan itu.
Seseorang pegawai penguat kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas—
pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat olehnya; dan
dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Industri Biobahan Api Malaysia 25
Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan
Tiada pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen itu jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah itu untuk memberi orang itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya.
Jika mana-mana orang ditangkap atau dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah disampaikan padanya suatu notis secara bertulis, yang hendaklah diterangkan kepadanya yang bermaksud seperti yang berikut:
“Kamu telah ditangkap/dimaklumkan bahawa kamu mungkin didakwa atas .................... (kesalahan di bawah Akta ini yang
26
Undang-Undang Malaysia mungkin dipertuduhkan). Adakah kamu hendak mengatakan apa-apa? Jika ada apa-apa fakta yang hendak kamu gunakan dalam pembelaan kamu di mahkamah, kamu dinasihati supaya menyatakannya sekarang. Jika kamu tidak menyatakannya sehingga kamu pergi ke mahkamah, kemungkinan keterangan kamu akan kurang dipercayai dan ini akan membawa kesan buruk kepada kes kamu pada amnya. Jika kamu ingin menyatakan apa-apa fakta sekarang, dan kamu mahu ia ditulis, ini akan dilakukan.”.
Walau apa pun subseksyen (3), sesuatu pernyataan oleh mana-mana orang yang dituduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang dibuat sebelum ada masa untuk menyampaikan notis di bawah subseksyen itu tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana tiada notis sedemikian telah disampaikan kepada orang itu jika notis sedemikian disampaikan padanya dengan seberapa segera yang semunasabahnya mungkin sesudah itu.
Tiada pernyataan yang dibuat oleh seseorang orang tertuduh pada menjawab notis bertulis yang disampaikan padanya menurut subseksyen (3) boleh ditafsirkan sebagai pernyataan yang disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji sebagaimana yang diperihalkan dalam subseksyen (2), jika pernyataan itu dibuat selainnya dengan sukarela.
Jika dalam mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, keterangan diberikan bahawa tertuduh, apabila dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa kerananya, gagal menyatakan apa-apa fakta, iaitu fakta yang dalam hal keadaan yang wujud pada masa itu dia semunasabahnya dapat dijangkakan akan menyatakannya apabila dimaklumkan sedemikian, mahkamah, dalam menentukan sama ada pihak pendakwa sudah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan dalam menentukan sama ada tertuduh bersalah atas kesalahan yang dipertuduhkan, boleh membuat apa-apa kesimpulan daripada kegagalan itu sebagaimana yang pada pendapatnya patut; dan kegagalan itu boleh, berasaskan kesimpulan itu, dikira sebagai, atau sebagai dapat terjumlah kepada, sokongan apa-apa keterangan yang diberikan terhadap tertuduh yang berhubungan dengannya kegagalan itu adalah suatu perkara matan.
Industri Biobahan Api Malaysia 27
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh, dalam mana-mana prosiding jenayah—
menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan perbuatan berdiam diri atau apa-apa reaksi lain tertuduh semasa apa-apa jua dikatakan dalam kehadirannya berhubung dengan kelakuan yang berkenaan dengannya dia dipertuduh, setakat yang keterangan sedemikian akan boleh diterima selain oleh sebab subseksyen itu; atau
dikira sebagai menghalang pembuatan apa-apa kesimpulan daripada apa-apa perbuatan berdiam diri atau reaksi lain tertuduh yang dapat dibuat selain oleh sebab subseksyen itu.
Pelucuthakan bahan api, dsb., yang disita
Suatu perintah bagi pelucuthakan bahan api atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa bahan api atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu merupakan hal perkara bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.
Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian
28
Undang-Undang Malaysia notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain melainkan jika sebelum tamat tempoh itu suatu tuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5), (6) dan (7).
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya bahan api atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa bahan api atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain tidak boleh dilucuthakkan boleh, memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada pegawai penguat kuasa yang dalam milikannya bahan api atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dipegang bahawa dia menuntut bahan api atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu.
Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, pegawai penguat kuasa hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada seorang Majistret Kelas Pertama bagi mendapatkan keputusannya.
Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya bahan api atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya ia disita hadir di hadapan Majistret itu dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya,
Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.
Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah
Industri Biobahan Api Malaysia 29
dilakukan dan bahawa bahan api atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu yang disebut dalam subseksyen (6) merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu,
Majistret hendaklah memerintahkan supaya bahan api atau hasil penjualannya atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.
Mana-mana bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantarserahkan kepada pegawai penguat kuasa itu dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.
Pihak berkuasa pelesenan tidak bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, tidak kira bagaimana sekalipun berlaku, dalam mutu bahan api yang disita di bawah Akta ini.
Hak harta mengenai bahan api, dsb., yang dilucuthakkan
Apa-apa bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklah menjadi harta pihak berkuasa pelesenan.
Pelepasan bahan api, dsb., yang disita
Walau apa pun seksyen 32, pihak berkuasa pelesenan boleh, jika difikirkannya patut, pada bila-bila masa mengarahkan supaya apa-apa bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dilepaskan kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita.
30
Undang-Undang Malaysia
Pegawai penguat kuasa boleh mendapatkan bantuan untuk memeriksa benda yang berkaitan dengan kesalahan
Seorang pegawai penguat kuasa boleh mendapatkan bantuan mana-mana orang untuk memeriksa apa-apa bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita atau ditahan di bawah Akta ini jika orang itu mempunyai kelayakan yang perlu untuk memeriksa bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain bagi maksud penyiasatan di bawah
Akta ini.
Kuasa untuk mengambil sampel
Sampel yang diminta, dipilih, diambil atau diperoleh di bawah subseksyen (1) hendaklah diterima dalam mana-mana mahkamah.
Mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan yang dibuat oleh seseorang pegawai penguat kuasa di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tatacara bagi pengambilan sampel
Tatacara bagi pengambilan dan berurusan dengan sampel hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan.
Pelantikan juruanalisis
Pihak berkuasa pelesenan boleh melantik mana-mana orang berkelayakan untuk menjadi juruanalisis bagi maksud menjalankan suatu analisis ke atas apa-apa bahan api dan untuk memperakui keadaan, jenis, cara pemprosesan, mutu, piawaian dan grednya.
Perakuan analisis
Jika Pendakwa Raya berhasrat untuk memberikan sebagai keterangan apa-apa perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) dia hendaklah menyerahkan suatu salinan perakuan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.
Pemeriksaan atau pengujian bahan api yang disita
Jika didapati perlu untuk memeriksa atau menguji apa-apa bahan api yang disita di bawah Akta ini, maka adalah mencukupi untuk
32
Undang-Undang Malaysia memeriksa atau menguji hanya suatu sampel representatif bahan api itu atau daripada setiap jenis atau perihalan yang berlainan bahan api atau, jika bahan api itu dibungkus dalam bungkusan yang berlainan, daripada kandungan setiap bungkusan.
Kos memegang bahan api, dsb., yang disita
Jika apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan pihak berkuasa pelesenan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, dalam hal mana-mana orang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada pihak berkuasa pelesenan oleh orang itu dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya.
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Kuasa pihak berkuasa pelesenan untuk menghendaki maklumat mengenai bahan api, dsb.
Mana-mana orang yang gagal untuk memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan komposisi dan kegunaan apa-apa bahan api yang mungkin dikehendaki di bawah subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kuasa tambahan
Industri Biobahan Api Malaysia 33
menghendaki pengemukaan rekod, akaun, dan dokumen daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini dan meneliti, memeriksa dan menyalin mana-mana rekod, akaun dan dokumen itu;
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini; atau
membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
Seseorang yang gagal untuk mematuhi permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Mengamang atau menghalang pegawai penguat kuasa menjadi kesalahan
Seseorang yang—
mengamang, menghalang, merintangi atau mengganggu
34
Undang-Undang Malaysia mana-mana pegawai penguat kuasa dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini;
mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini; atau
sebelum atau selepas apa-apa penyitaan menyebabkan kehilangan, atau merosakkan atau memusnahkan apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain untuk menghalang penyitaannya atau penyimpanan selamat bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bahagian IV
Pengkompaunan kesalahan
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa
Industri Biobahan Api Malaysia 35
pendakwaan baginya dimulakan.
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh pihak berkuasa pelesenan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat dan apa-apa bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh pihak berkuasa pelesenan, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut dikenakan mengikut syarat kompaun oleh pihak berkuasa pelesenan.
Pemulaan pendakwaan
Tiada pendakwaan bagi atau yang berhubung dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Percantuman kesalahan
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, jika seseorang itu dituduh melakukan lebih daripada satu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh dipertuduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan atas apa-apa bilangan kesalahan itu yang dilakukan dalam apa-apa jangka masa.
36
Undang-Undang Malaysia
Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan
boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Jika mana-mana orang boleh di bawah Akta ini dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihaknya; atau
Industri Biobahan Api Malaysia 37
oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.
Perlindungan pemberi maklumat
Jika apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen atau data yang dikomputerkan yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua catatan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat daripada diketahui.
Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dibuat sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.
Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap—
38
pegawai penguat kuasa atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya oleh pihak berkuasa pelesenan;
dan
mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau dikatakan dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan pihak berkuasa pelesenan, pegawai penguat kuasa atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya oleh pihak berkuasa pelesenan, jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai dengan semunasabahnya bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya dan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Pekhidmat awam
Undang-Undang Malaysia
Tiap-tiap anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen pihak berkuasa pelesenan dan pegawai penguat kuasa semasa menunaikan kewajipannya sebagai anggota, pegawai, pekhidmat, ejen atau pegawai penguat kuasa hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Kuasa untuk mengecualikan
Menteri boleh, pada bila-bila masa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi diperlukan.
Industri Biobahan Api Malaysia 39
Pindaan Jadual
Menteri boleh, selepas berunding dengan pihak berkuasa pelesenan, meminda Jadual Pertama dan Jadual Kedua melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Peraturan-peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi—
menetapkan piawaian pemprosesan, penstoran, pengangkutan dan pengendalian termasuk pembungkusan biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain;
menetapkan piawaian atau gred biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain dan membuat peruntukan untuk melaksanakan piawaian atau gred itu, termasuk peruntukan bagi atau yang berhubungan dengan pelabelan;
menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh pengeksport dalam mengeksport biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain;
mengadakan peruntukan bagi penyenggaraan piawaian pelakuan yang sepatutnya dalam penjalanan industri biobahan api dan bagi urusan pelanggarannya;
menetapkan amalan yang hendaklah diikuti atau dielakkan dalam industri biobahan api;
40
Undang-Undang Malaysia
menetapkan nama dan perihalan yang hendaklah digunakan bagi biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain;
menetapkan rekod dan dokumen yang dikehendaki disimpan dan penyata yang dikehendaki dikemukakan;
menetapkan fi dan caj yang kena dibayar kepada pihak berkuasa pelesenan di bawah Akta ini dan cara memungut dan membelanjakan fi itu;
mengadakan peruntukan bagi mengawal selia semua atau mana-mana aktiviti pihak berkuasa pelesenan dan secara amnya bagi pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan pihak berkuasa pelesenan di bawah
Akta ini; dan
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau yang perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
Peruntukan peralihan
Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1) pihak berkuasa pelesenan hendaklah mengeluarkan suatu pengakuterimaan penerimaan kepada orang itu.
Sementara menunggu pemutusan permohonan itu, orang itu boleh terus mengusahakan aktiviti itu.
JADUAL PERTAMA
[Seksyen 4 dan 5]
JENIS BIOBAHAN API
1.
Metil ester yang berasal atau diekstrak daripada keluaran kelapa sawit yang berikut:
minyak sawit mentah;
minyak sawit yang ditapis, dinyahwarna dan dinyahbau;
asid lemak sawit disuling;
minyak sawit keladak;
minyak sawit masak yang telah digunakan; atau
minyak efluen kilang kelapa sawit.
2. Hidrokarbon berasaskan minyak sayuran yang berasal atau diekstrak daripada keluaran kelapa sawit yang berikut:
minyak sawit mentah;
minyak sawit yang ditapis, dinyahwarna dan dinyahbau;
asid lemak sawit disuling;
minyak sawit keladak;
minyak sawit masak yang telah digunakan;
42
Undang-Undang Malaysia
minyak efluen kilang kelapa sawit; atau
minyak tandan kosong sawit.
JADUAL KEDUA
[Seksyen 6]
PIHAK BERKUASA PELESENAN
Pihak Berkuasa Pelesenan
Biobahan Api
Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi
Biobahan api daripada keluaran kelapa sawit atau semasa ketiadaan
Ketua
Setiausaha, mana-mana orang yang diberi kuasa sewajarnya oleh Menteri secara bertulis
Dalam Jadual ini—
“keluaran kelapa sawit” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta 582].
43
Akta 666
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. (A) 354/2022
Perintah Industri Biobahan Api
Malaysia
(Pindaan
Jadual
Pertama) 2022 01-11-2022
44
Akta 666
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa
Dari
Jadual Pertama
P.U. (A) 354/2022 01-11-2022